Anak Juruterbang MH 370 Mededahkan Sesuatu Kepada Daily Mail



KUALA LUMPUR - Aishah Zaharie, anak perempuan Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang, membidas laporan The Daily Mail yang mendakwa bapanya mengalami gangguan emosi beberapa minggu sebelum tragedi itu.
    
"Kepada Daily Mail, anda patut menimbang untuk membuat filem memandangkan anda memang cekap mengada-adakan cerita dan skrip... Semoga Tuhan merahmati jiwa anda. Saya tidak akan memaafkan anda," katanya dalam catatan terbaharunya dalam Facebook.
 
Selain itu, catatan itu juga menerima sokongan rakan-rakannya dan seorang daripadanya Izni Disney membalas catatan itu dengan menyatakan bahawa Zaharie adalah seorang yang baik.
    
Semalam, The Daily Mail memaparkan tajuk berita 'Anak perempuan akui Kapten MH370 Kelihatan Keliru dan Terganggu'.
    
Pada 8 Mac, penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi menuju ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal, sebelum hilang daripada radar sejam kemudian. - Bernama
0 Komentar untuk "Anak Juruterbang MH 370 Mededahkan Sesuatu Kepada Daily Mail"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info