Abbott berkata, kru pasukan pencari telah mengkhususkan kawasan lebih kecil sejak isyarat pertama dikesan pada Sabtu lalu.
“Kami telah mengecilkan kawasan pencarian dan yakin bahawa isyarat yang dikesan berpunca daripada kotak hitam MH370.
AP-3C Orion RAAF terbang melepasi kapal Ocean Shield Australia ketika misi mencari MH370. FOTO Reuters
“Namun, kami juga yakin bahawa kini isyarat daripada kotak itu itu sudah semakin lenyap dan berharap akan mendapat sebanyak mungkin maklumat sebelum isyarat itu hilang sepenuhnya,” katanya kepada pemberita di Shanghai, China.
Kotak hitam itu diharapkan dapat membantu menyelesaikan misteri kehilangan MH370 sejak awal pagi 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Jangka hayat bateri itu dijangka hanya mampu bertahan selama sebulan, namun gerakan mencari pesawat MH370 sudah masuk hari ke-35.
Kapal Tentera Laut Diraja Australia (RAN) Ocean Shield yang menunda pengesan ping (Towed Ping Locator/TPL) berjaya mengesan dua isyarat yang konsisten dengan ping kotak hitam di bawah permukaan Lautan Hindi pada Sabtu lalu sebelum mengesan dua lagi isyarat di kawasan sama, Selasa lalu.
Kapal Tentera Laut Diraja Australia (RAN) Ocean Shield yang menunda pengesan ping (Towed Ping Locator/TPL) berjaya mengesan dua isyarat yang konsisten dengan ping kotak hitam di bawah permukaan Lautan Hindi pada Sabtu lalu sebelum mengesan dua lagi isyarat di kawasan sama, Selasa lalu.
P-3 Orion pesawat RAAF terlibat dalam pencarian Malaysia Airlines MH370 di utara Perth
RAAF Loadmasters melancarkan 'Self Locating Data Marker Buoy'daripada pesawat C-130J Hercules di Lautan Hindi di selatan semasa pencarian pesawat MH370
Pesawat Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) P-3 Orion yang menjatuhkan boya sonar ke dalam laut di mana empat isyarat itu dikesan, turut merakam satu lagi `isyarat yang berpotensi’ semalam.
Bagaimanapun, Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston yang mengkoordinasi gerakan mencari MH370 di barat daya Australia itu dalam kenyataannya mengesahkan isyarat itu tiada kena mengena dengan kotak hitam pesawat MH370.
Houston berkata, Ocean Shield meneruskan operasi menggunakan TPL dalam usaha mengesan isyarat terbaru membabitkan kawasan bawah permukaan laut seluas 1,300 kilometer persegi.
“Keutamaannya adalah mengutip sebanyak mungkin maklumat selagi kotak hitam masih aktif. Buat masa inif masih belum ada penemuan besar,” kata Houston dalam satu kenyataan. - Agensi
0 Komentar untuk "CNN: Kotak Hitam Milik MH 370"