JULIA PEREZ SIBUK PILIH SPERMA, INGINKAN ANAK TERBAIK

Sebelum ini penyanyi dangdut Julia Perez atau dikenali sebagai Jupe telah menggemparkan Indonesia apabila dia ingin mendapatkan zuriat melalui tabung uji. Dia yang menerima kencaman itu sepertinya tidak mempedulikannya dan kini pula sibuk memilih sperma terbaik untuk zuriatnya.

Jupe berkata sperma yang didermakan untuk dijadikan zuriatnya mestilah memiliki kualiti yang tinggi untuk memastikan anak yang bakal dilahirkannya itu sihat.

Dia juga mengaku yang dia amat teliti dalam memilih ciri-ciri bagi memastikan bakal anaknnya itu tidak mengecewakan.

“Wajar kalau saya seleksi karena enggak mau beli kucing dalam karung. Saya ingin anak saya sehat. Pokoknya berikan contoh yang baik dan berguna,” kata Jupe memetik kompas.com.

Selain itu Jupe juga mungkin akan berkahwin dengan penderma sperma yang mana diterimanya. Sehingga kini, sudah ada tiga orang mendermakan sperma untuk Jupe.

Jupe yang merupakan bekas kekasih pemain bola sepak Gaston Castano ini berkata lagi yang dia inginkan suami yang mempunyai sperma bagus untuk memperoleh anak seterusnya.

“Saya enggak mau nakal, jadi ikutin saja, dan saya mau nikahin donor saya nantinya. Cinta belakangan, yang penting kan sah,” kata Jupe lagi.

Bagaimanapun, kata Jupe, dia tidak mahu calon suaminya dalam kalangan lelaki yang gemar menghabiskan masa di kelab malam atau disko.

“Juga suami saya tidak boleh merokok,” katanya, semalam.

“Tapi bukan mudah untuk membuat pilihan. Ketika ini saya sering berjumpa dan berhubung dengan tiga penderma berkenaan untuk memastikan keserasian jika tiba masanya untuk bernikah,” katanya.

Namun tidak pasti di mana proses bayi tabung uji itu akan dilakukan. Samada di singapura ataupun Pulang Pinang kerana Jupe enggan mendedahkan. sumber
0 Komentar untuk "JULIA PEREZ SIBUK PILIH SPERMA, INGINKAN ANAK TERBAIK"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info