KUNDASANG: Seorang doktor tempatan yang berjaya turun ke base camp Gunung Kinabalu mengesahkan paling kurang seorang pendaki dipercayai telah meninggal dunia manakala dua lagi cedera akibat kejadian gempa bumi yang melanda Sabah pukul 7.15 pagi tadi.
Menurut laporan The Star Online, Dr Rezlan Abdul Rahman yang berasal dari Pahang mengesahkan kematian wanita itu setelah memeriksa nadinya ketika turun dari gunung berkenaan.
“Dua lagi wanita turut cedera. Mereka masih di Laban Rata ketika kami meneruskan perjalanan turun,” katanya.
Dr Rezlan berkata, beliau dimaklumkan bahawa 3 wanita terbabit memegang tali (untuk memanjat) dan ketika gempa berlaku, tali tersebut terlepas.
“Mereka dipercayai berayun sebelum terhempas kembali ke arah gunung,” katanya.
Laporan awal setakat ini mendakwa paling kurang 5 kematian atau kecederaan dilaporkan.-
Lihat Video Dibawah:
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "TERKINI!! Kematian Pertama Gempa Sabah Di Puncak Kinabalu?"