gambar hiasan
gambar sebenar
Ilmu Sihir Uri Kucing
Asalnya mereka memasuki negara ini untuk bekerja, namun segelintir lelaki warga asing dikesan mengambil jalan mudah mengumpul wang dengan menggoda wanita tempatan melalui sihir termasuk menggunakan minyak dan serbuk pengasih diperbuat daripada bahan kotor dan menjijikkan termasuk tujuh jenis najis serta uri kucing.
Matlamat lelaki durjana itu hanya satu iaitu untuk menundukkan wanita sasaran, seterusnya menurut segala kehendak mereka. Dengan itu, mereka tidak perlu lagi bersusah payah bekerja sebagai buruh kasar atau pekerja kilang untuk mengumpul wang.
Taktik menggoda menggunakan amalan kotor itu dipercayai bukan saja membuatkan mangsa menjadi `lemah lutut’ apabila berhadapan pengguna ilmu berkenaan, malah menjadikan wanita terbabit ‘bodoh’ untuk tempoh lama jika tidak diubati.
Dalam tempoh itu, lelaki asing terbabit berpeluang menjadi `raja’ kerana mangsa menurut semua kemahuan mereka termasuk dimewahi dengan kebendaan selain memenuhi tuntutan seks.
Mendedahkan perkara itu, Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Selangor, Mohamad Salim Santhiman, berkata akhir-akhir ini, semakin ramai rakyat tempatan khususnya wanita, mengunjungi terataknya untuk berubat akibat terkena sihir warga asing.
Katanya, tidak kira remaja mahupun wanita berusia, masing-masing memohon segera diubati kerana tidak tahan dipergunakan warga asing untuk kepentingan mereka.
Lebih mengejutkan, Mohamad Salim berkata, semakin ramai warga Bangladesh dipercayai mengamalkan ilmu itu untuk menundukkan mangsa berbanding rakyat Indonesia yang sememangnya terkenal dengan amalan itu.
“Tidak dapat dipastikan dari mana mereka memperoleh minyak dan serbuk pengasih berkenaan tapi berdasarkan pengalaman saya mengubati mangsa, kebanyakannya mendakwa terkena buatan lelaki warga Bangladesh.
“Tanda-tanda mangsa terkena ilmu itu perlakuan seolah-olah sasau selain sentiasa teringat dan menurut semua kemahuan warga asing terbabit,” katanya yang hampir 17 tahun menjadi pengamal perubatan tradisional.
Menurutnya, pelbagai cara mangsa boleh terkena minyak pengasih, antaranya dengan mencalitkan minyak atau serbuk itu pada kening atau bibir selain melalui makanan. “Ia memang mujarab untuk membuatkan seseorang tunduk pada kita dan biasanya diperbuat daripada campuran akar buluh perindu. “Namun, tidak dinafikan ada di kalangan pengamal perubatan tradisional menghasilkan ramuan pengasih berdasarkan bahan terlarang serta menjurus kepada ilmu hitam,” katanya.
Sementara itu, pengamal perubatan tradisional, Jamaluddin Munir yang menghasilkan minyak pengasih alam khusus sebagai penyeri, pemanis, pengasih sejagat dan penunduk, turut mengakui penggunaan ilmu hitam dalam menghasilkan minyak pengasih. Katanya, campuran bahan kotor dan ilmu hitam dalam menghasilkan minyak dan serbuk pengasih itu, berupaya membuatkan seseorang melutut dan jatuh cinta dalam tempoh singkat malah tidak akan berlaku curang.
Sumber : Harian Metro

baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "GEMPAR!! BAHAN ILMU SIHIR PENUNDUK WANITA DITEMUI DIGUNAKAN WARGA ASING!! SEBARKAN!!"