Jururawat Nurul Wazieyana Sebenarnya Disorok Oleh Jin-Penduduk Kampung|Misteri Kehilangan Nurul Wazieyana"Seperti yang kita maklum misteri Kehilangan jururawat Nurul Wazieyana masih lagi belum terungkai sehingga kini. Nurul Wazieyana dikatakan lemas 12.12.2015 di Pasir Panjang, Santubong. Rentetan daripada itu operasi SAR mencari mangsa dijalankan oleh pihak penyelamat.
>>LIHAT GAMBAR JELAS & BACA SELANJUTNYA
DI SINI....
Namun usaha mencari mangsa masih belum lagi menemui titik noktah, apabila mangsa masih gagal ditemui.
Sepanjang operasi SAR pencarian, pihak penyelamat telah menjumpai pakaian milik mangsa seperti baju, anak tudung dan pakaian dalam. Selain itu pihak penyelamat juga telah menjumpai organ yang berupa jantung, (kemungkinan organ binatang) di pesisir pantai sepanjang operasi pencarian.
Setelah berminggu-minggu mencari dan menggunakan perbagai kaedah, pihak penyelamat akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan operasi pencarian. Bapa nurul Wazieyana akhirnya redha bahawa di Pasir Panjang lah kubur anaknya. Cuma dia berharap satu hari nanti jasad anaknya akan ditemui juga.
Setelah operasi SAR dihentikan, secara tiba-tiba operasi SAR mencari mangsa diteruskan hari ini dan ini pasti berita yang cukup menggembirakan terutama buat keluarga mangsa yang sememangnya berharap agar mangsa dapat ditemui.
Untuk makluman pembaca-pembaca sekalian. Sebenarnya sepanjang operasi pencarian mangsa. Bukan saja pihak penyelamat yang turun padang mencari mangsa. Orang-orang kampung Pasir Panjang dan kampung berhampiran juga turut membantu disertai oleh beberapa orang ustaz. Kawasan pencarian tertumpu kepada gua-gua tidak jauh dari mangsa dikatakan lemas.
Menurut penduduk kampung, mereka percaya Nurul Wazieyana sebenarnya disembunyikan oleh jin. Sama ada disembunyikan di dalam gua atau di kawasan yang berhampiran. Kita manusia biasa tidak dapat melihat tempat mangsa disembunyikan walaupun mangsa hanya didepan mata. Sebab tempat mangsa disembunyikan sudah ditutup rapat oleh jin.
Untuk membukanya bukan perkara mudah. Mesti ada golongan yang penuh berilmu di dada bagi berkomunikasi dan berbincang dengan jin tersebut. Pernah berlaku ketika mencari, 2 orang ustaz ditampar oleh jin bila cuba melaungkan azan di tepi gua yang diberi nama gua layang-layang.
Apa-apa pun sama-samala kita berdoa agar mangsa dapat dijumpai walau dalam apa saja keadaan. Mungkin disebalik kejadian ini ada hikmahnya dan misteri antara yang tersurat dan tersirat kerana sememangnya Pasir Panjang, Pasir Pandak dan Santubong menyimpan perbagai misteri yang belum dirungkai.
Gambar penampakan aneh sekitar lokasi gua gua yang didakwa penduduk kampung tempat Jururawat Nurul Wazieyana di sorok jin.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
DAN SINI
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "Gempar!! Gambar Penampakan Aneh Di Gua Yang DiDakwa Penduduk Kampung Jururawat Di Sorok Jin"