SIBU: Seorang warga emas lelaki dikenali sebagai Louis Lumpang, 65, maut setelah ditikam dengan objek tajam di kepala ketika mempertahan isterinya yang berusia 64 tahun daripada serangan dua perompak, awal pagi semalam.
Kejadian kes rompak dan bunuh itu berlaku di hadapan sebuah rumah di Blok 8, Town Villa di Sibu Jaya sekitar jam 1.15 pagi.
Ketika kejadian, mangsa dan isterinya sedang dalam perjalanan balik ke rumah terletak di Town Villa setelah menghadiri majlis perkahwinan di sebuah flat terletak kira-kira 50 meter dari rumah.
Kemudian mereka dihampiri dua suspek dari arah belakang yang turut berjalan kaki sebelum salah seorang cuba meragut beg tangan isterinya tetapi tidak berjaya.
Mangsa yang berjalan di hadapan isterinya kira-kira lebih kurang 20 meter dari tempat tersebut terdengar jeritan isterinya.
Melihat kejadian itu, mangsa terus berlari mendapatkan isterinya sebelum diserang kedua-dua suspek.
Kedua-dua suspek membiarkan mangsa tersungkur dan berlumuran darah di bahagian kepala sebelum berpatah balik merampas beg tangan isteri mangsa.
Setelah berjaya mendapatkan beg tangan isteri mangsa, kedua-duanya melarikan diri.
Mangsa disahkan mati di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Sibu selepas dipercayai diserang menggunakan objek tajam berdasarkan luka di bahagian kepala.
Isteri mangsa yang turut mengalami lebam di bahagian lengan tangan kanan dalam insiden tersebut lari untuk mendapat bantuan orang ramai.
Beg tangan itu mengandungi sepasang anting-anting emas, duit lebih kurang RM400, dokumen peribadi, kunci rumah dan kunci kereta milik mangsa dan isterinya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superitenden Martin Koo ketika dihubungi semalam mengesahkan rompakan itu dan diklasifikasi sebagai kes bunuh.
Beliau berkata polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Kami memandang kes ini dengan serius dan berusaha mencari pembunuhnya. Kami berharap orang awam dapat membantu menyelesaikan kes ini secepat mungkin,” katanya.
Dua anak lelaki mangsa dan penduduk lain bergegas ke tempat kejadian sebelum menghubungi polis Sibu Jaya.
Satu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diketuai oleh ASP Syoverious Gopok bergegas ke tempat kejadian dan polis menghantar mayat mangsa ke bilik mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.
Sumber polis memberitahu, pasangan terbabit ketika kejadian hampir tiba di rumah mereka terletak di Blok 7 sebelum berlaku kes rompakan.
Isterinya ketika ditanya oleh polis menggambarkan badan salah seorang perompak terbabit agak gempal manakala seorang lagi bersaiz kecil bersenjatakan pisau.
Apabila mangsa berlari melindungi isterinya, kedua-dua perompak terus menyerang mangsa.
Bagaimana mangsa dicedera masih kurang jelas kerana menurut salah seorang anaknya, kedua-dua perompak dipercayai lari mengambil semula beg ibu mereka selepas bapanya tersungkur.
Manakala isteri mangsa dipercayai bergelut dengan dua perompak turut jatuh dan dipijak perompak berulang kali.
Sehingga berita ini ditulis petang semalam, kes masih dalam siasatan pihak polis dan identiti kedua-dua suspek masih belum dikenal pasti.
Motif siasatan awal setakat ini dipercayai rompak tetapi kes disiasat di bawah Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
DAN SINI
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "GEMPAR!!SUAMI MATI PERTAHAN ISTERI!"