(VIDEO): KENYATAAN MENGEJUTKAN PENDUDUK KUALA KRAI YANG TENTANG OBJEK DIPERCAYAI U.F.O !!

Video UFO di Kuala Krai , kecoh pula media sosial semalam. Ia ekoran tersebarnya satu rakaman video yang mendakwa terdapat objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa Kuala Krai, Kelantan.
Bagaimanapun menerusi laporan Sinar Harian Online pada pagi ini, pihak polis menafikan video UFO tersebut sebagaimana yang diviralkan menerusi media sosial.

Polis Nafi UFO Berlegar Di Kuala Krai

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk kawasan berkenaan berhubung kejadian tersebut.
“Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya,” kata beliau dipetik laporan tersebut.
Selain penyebaran video berdurasi 1 minit 25 saat menerusi media sosial itu, ia turut mengaitkan maklumat itu kononnya daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dengan meletakkan perkataan “BERNAMA”.
Berita yang diviralkan itu menyebut:

“Penduduk Kuala Krai Kelantan dikejutkan dengan objek dipercayai U.F.O. berlegar-legar di ruang angkasa berhampiran pusat cembong batu nang.
“Kejadian disaksikan dengan jelas oleh penduduk kampung selama beberapa minit sebelum objek tersebut hilang meninggalkan kawasan tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian berlaku.”
Berikut pula adalah sedikit penerangan mengenai UFO:
Piring terbang (juga dipanggil UFO) yang sering dimaksudkan ramai ialah sejenis objek terbang atau fenomena optik yang tidak dikenali. Ia dikatakan merupakan kapal angkasa yang dinaiki makhluk asing (juga dipanggil E.T.).
Ribuan manusia telah mengaku bahawa mereka telah melihat piring terbang, dan menangkap gambarnya. Dikatakan bentuk piring terbang itu berbeza-beza, ada yang pipih seperti piring, bulat seperti bola dan lain-lain. Warnanya juga bermacam-macam, malah ada piring terbang yang berubah warnanya apabila ditatap lama-lama.
Namun, sehingga kini kewujudan piring terbang masih tidak dapat dipastikan. Dalam kebanyakan kes, objek yang dianggap sebagai piring terbang itu sebenarnya ialah belon cuaca.
Boleh jadi juga objek itu merupakan sebuah satelit, kapal udara, segumpal awan, sebuah meteor, komet, bintang ataupun sekadar bunga api yang meletup di udara. Belum terdapat apa-apa bukti yang mengatakan bahawa planet bumi telah dikunjungi makhluk asing dari planet lain.
Penggunaan istilah “piring terbang” pertama kali digunakan oleh juruterbang Kenneth Arnold yang melihat sembilan objek terbang aneh dalam suatu formasi di atas Gunung Rainier di pergunungan Cascade, Washington.
Peristiwa itu terjadi pada 24 Jun 1947. Sejak itu, hal UFO banyak diperkatakan orang. Ia turut pernah dibicarakan di forum PBB pada 27 November 1978.
Apa macam warga Kuala Krai? Ada yang nak beri penafikan atau penjelasan?
Apa kata mereka...

Zua says:
"To video tu mcm betul je...
Masa terlannggar pucuk kelapa tu mmg nmpk real
Suara suara yg berckp tu mcmana pula?"

sumber: bernama

Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "(VIDEO): KENYATAAN MENGEJUTKAN PENDUDUK KUALA KRAI YANG TENTANG OBJEK DIPERCAYAI U.F.O !!"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info