(VIDEO): Hati-Hati Semua!! Wanita Ini Jadi Mangsa Culik!! Tangan Diikat Dengan Tali Plastik!!






Selepas lebih 48 jam hilang, sepasukan anggota polis dari IPD Miri berjaya mengesan kedudukan, sebelum menyelamatkan Derrona Joylyn Joseph,11 tahun yang dilarikan oleh abang iparnya ke dalam belukar, tidak jauh dari Padang Karbau, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Junaidi Bujang yang mengesahkan kejayaan itu berkata, suspek ditangkap sekitar jam 3.20 petang tadi tidak jauh dari kereta Perodua Viva tersebut dijumpai.
  
  
  
  
  
  
“Siasatan lanjut dan pencarian kemudian dipergiat di belukar berhampiran suspek dijumpai, sehinggalah pasukan mencari berjaya menjumpai Dorrena dalam keadaan ketakutan dan lemah.
“Kedua-dua tangan mangsa telah diikat dengan tali plastic dan terdapat bekas makanan dan air di tempat mangsa disembunyikan.
“Mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Miri serta merta untuk diberikan rawatan yang perlu,” kata Junaidi.
Ketika ditemui, Derrona masih berpakaian sekolah rendah manakala Julian Sabong, 36 tahun berpakaian t-shirt merah dan berseluar hitam.
Derrona dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Selasa lalu setelah dikatakan mengikut seorang lelaki menaiki kenderaan Perodua Viva putih, yang menjemputnya pulang dari sekolah, sekitar jam 12.30 tengah hari.
Polis kemudian mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan jenayah penculikan, setelah lelaki terbabit dan Derrona sendiri tidak pulang ke rumah lebih 24 jam.
Polis Miri kemudian menjalankan gerakan mencari besar-besaran dan berjaya menemui kenderaan Perodua Viva tersebut yang tersadai di Padang Karbau, Pujut.
Kenderaan itu kemudian dikenal pasti sebagai milik kakak Julian yang kini berada di Kuala Lumpur.
Derrona merupakan anak bongsu dari empat adik beradik dan abang iparnya itu merupakan suami kepada kakaknya, yang tinggal sebumbung dengan mereka. – Sarawakvoice.



BACA ARTIKEL PENUH DI SINI 

DAN SINI

Rakaman CCTV Lengkap DI SINI


   

baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:







0 Komentar untuk "(VIDEO): Hati-Hati Semua!! Wanita Ini Jadi Mangsa Culik!! Tangan Diikat Dengan Tali Plastik!!"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info