Awas Taktik Baru Curi Kereta
Awas Taktik Baru Curi Kereta
Kalau dah penjenayah pasti mereka punya pelbagai helah. Plan A to Z. Begitu juga dengan penjenayah yang melakukan kegiatan curi kereta dan samun terhadap pemilik kenderaan.Pelbagai kaedah digunakan untuk memperdaya mangsa. Antara teknik yang selalu digunakan adalah:
1. Suspek yang mencuri kereta selalunya akan melekatkan kertas bersaiz A4 di belakang cermin kereta mangsa. Apabila sukar mengundur kenderaan, mangsa akan keluar dari kereta untuk membuang kertas dan ini memberi peluang kepada suspek untuk masuk dalam kereta sebelum melarikan kenderaan.
So kalau ada kejadian macam ni, pastikan kita tidak mengubah apa-apa kertas yang ditampal pada cermin belakang kereta. Sebaliknya cuba mengundur kenderaan perlahan-lahan dan keluar dari tempat letak kereta. Apabila tiba di rumah, barulah buang. Ini adalah kerana penjenayah biasanya akan mengekori mangsanya dan menunggu masa ia berhenti untuk membuang kertas itu.
2. Mengetuk cermin dan memberitahu terdapat sejumlah wang pada bahagian tayar belakang kereta mereka. Pada ketika ini, pemandu selalunya akan melihat cermin sisi untuk melihat duit yang dimaksudkan sebelum bertindak keluar dari kereta. Sebaik sahaja membuka pintu, suspek akan meluru ke arah pintu dan melakukan samun terhadap mangsa.
3. Penjenayah kebiasaannya mengekori pemandu ke stesen minyak. Adakalanya pemilikkenderaan tidak mematikan enjin kenderaan ketika membuat pembayaran untuk mengisi minyak di kaunter pembayaran. Apabila mendapati enjin tidak dimatikan dan mangsa keluar dari kenderaan untuk membayar duit di kaunter, suspek akan masuk ke dalam kereta dan melarikannya.
4. Taktik sengaja melanggar belakang kereta mangsa. Taktik ini bukanlah taktik baru, tapi sering digunakan. Taktik ini bertujuan memperdayakan mangsa untuk memberhentikan dan keluar dari kereta sebelum menyamun.
So hati-hati semua.
0 Komentar untuk "Awas Taktik Baru Curi Kereta. SEBARKAN!!"