Pesta Bogel: 2 Penganjur, 3 Peserta Direman

   Padan muka, akhirnya beberapa diantara peserta pesta bogel telah ditangkap. Perbuatan seperti ini seharusnya mendapat hukuman setimpal dengan tindakan mereka. Perbuatan keji ini sangat memalukan dan mengaibkan negara kita Malaysia yang terkenal dengan budaya moral yang tinggi. 

GEORGETOWN: Dua penganjur dan tiga peserta Pesta Sukan Bogel 2014 di Teluk Bahang direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Mereka yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita itu dibawa polis ke Mahkamah Majistret, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Dua penganjur berkenaan adalah seorang wanita, Chew Tok Hwa dan seorang lelaki dikenali sebagai Albert Yam.
Tok Hwa ditahan selepas tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD), Balik Pulau, untuk memberi keterangan jam 10.30 pagi semalam manakala Yam pula ditahan kira-kira jam 6 petang.
Tiga lagi peserta turut menyerah diri di IPDBD, semalam.
0 Komentar untuk "Pesta Bogel: 2 Penganjur, 3 Peserta Direman"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info