Post iklan sesi fotografi yang mencetuskan kontroversi dan kini viral dalam kalangan pengguna laman sosial.
PARIT BUNTAR - Gara-gara kesalahan ejaan, seorang jurugambar menjadi bahan kecaman dalam laman sosial apabila gambar dimuat naik bagi tujuan mempromosi perniagaan bertukar menjadi viral.
Jurugambar yang berusia 30-an itu, tidak menyangka foto pasangan pengantin bergambar bersama seekor kuda menerima kecaman banyak pihak gara-gara perkataan fotografi bertukar menjadi pornografi pada post yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook, semalam.
Pemilik akaun Facebook hanya dikenali Toksyu Zul berkata, kira-kira jam 12 tengah malam semalam, dia memuat naik sekeping foto bagi tujuan pengiklanan di dalam grup Parit Buntar Is My Hometown (PBIMH).
Menurutnya, sejurus foto iklan itu dimuat naik, dia tidak menyemak kandungan ayat iklan berkenaan kerana menyangka ia hanya ‘post’ biasa.
“Namun, pagi semalam saya menerima teguran daripada beberapa kenalan yang mempersoalkan tindakan saya mengeja fotografi menjadi ‘pornografi’ dalam kandungan ayat iklan itu.
“Saya segera menyemak kembali kandungan ayat iklan dan terkejut mendapati ada kesalahan ejaan yang menyebabkan saya dikecam serta disalah erti beberapa pengguna laman sosial itu,” katanya sewaktu dihubungi media di sini, semalam.
Toksyu Zul berkata, menyedari kesalahan itu, dia segera memadamkan ‘post’ tersebut, namun bimbang setelah dimaklumkan post berkenaan kini menjadi viral dalam laman sosial.
Jelasnya, hanya kerana kesilapan ejaan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, ada segelintir pihak mengambil kesempatan menyebarkan ‘post’ iklan itu bagi tujuan jenaka.
“Saya minta pihak tidak bertanggungjawab itu menghentikannya dan jika masih tersebar, saya tidak teragak-agak membuat laporan polis bagi mempertahankan maruah serta integriti diri saya,” katanya.
Mangsa berkata, meskipun masih belum ada pihak yang menghubunginya mengenai isu ‘post’ itu, dia masih bimbang dengan persepsi masyarakat setempat.
“Saya turut bimbang kesalahan ini akan menyebabkan perniagaan fotografi yang diusahakan terjejas akibat salah faham berkenaan.
“Saya mohon orang ramai jangan menghukum saya hanya disebabkan tindakan memuat turun ‘post’ iklan berbaur kontroversi yang tidak disengajakan itu,” katanya.

0 Komentar untuk "PISHANG...!! Seorang Jurugambar Dikecam Akibat Silap Ejaan..??"