SEBARKAN!! Cari Suspek Godam Mesin ATM

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM)melancarkan Ops Albatross untuk mengesan dan mengheret suspek kumpulan penggodam ATM menyebabkan kehilangan wang tunai RM2.5 juta, ke muka pengadilan.

Berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV), polis berjaya mendapatkan imej wajah beberapa lelaki disyaki warga Amerika Latin yang dikatakan terbabit dalam kegiatan menggodam ATM milik cawangan empat bank tempatan dan antarabangsa di Lembah Klang, Johor dan Melaka. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, polis komited untuk membanteras jenayah ini hingga ke akar umbi bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan negara.

Foto
WAJAH beberapa lelaki disyaki warga Amerika Latin yang dicari polis bagi membantu siasatan kes godam ATM.

Beliau berkata, PDRM meminta anggota masyarakat tampil membantu siasatan polis sehingga tertangkapnya penjenayah terbabit.


Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu atau melihat lelaki yang dicari ini diminta menghubungi Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din di talian 019-6000135 atau 03-26163839. 

Mortadza berkata, berdasarkan siasatan awal, beberapa lelaki dipercayai warga Amerika Latin itu didapati membuka panel bahagian atas ATM dengan menggunakan 'common key' kemudian satu cakera padat dimasukkan ke dalam CD Rom mesin ATM untuk menyuntik virus dikenali sebagai ulssm.exe. 

Menurutnya, selepas mengeluarkan CD panel akan ditutup semula dan suspek akan mengeluarkan semua wang di dalam ATM menggunakan panel kekunci selepas memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon dari rakan sejenayah. 

"Slot kad ATM akan disumbat dengan objek seperti kad sim, kertas atau putung rokok bagi menyekat akses pengeluaran wang oleh pengguna lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 
0 Komentar untuk "SEBARKAN!! Cari Suspek Godam Mesin ATM"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info