Foto ini mendapat kecaman hebat oleh umum selepas dianggap ianya agak keterlaluan dan salah disisih agama Islam. -
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Syahrini dikecam hebat baru-baru ini selepas sekeping foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya menunjukkan lima orang bekerja di Princess Syahrini Entertainment Indonesia melutut sambil menyembah Syahrini sebagai tanda hormat.
Tindakan memuat naik foto tersebut di laman Instagramnya menimbulkan pelbagai kecaman hebat oleh umum selepas dianggap ianya agak keterlaluan dan salah disisih agama Islam. Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan Syahrini dan menuduh Syahrini tidak habis-habis cuba mencari publisiti murahan.
Namun menurut Syahrini, foto tersebut hanya gurauan semata-mata dan bukan sengaja ingin menimbulkan kontroversi murahan.
"Saya seorang Muslim, dan sebagai salah seorang yang beragama Islam hanya Allah SWT yang harus disembah. Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Tidak mungkin saya mahu mereka menyembah saya.
"Itu sekadar gurauan dan tidak bermaksud mahu menimbulkan kontroversi murahan. Sudah tertulis ianya ‘Just For Fun’," jelas Syahrini kepada pihak media.
Minggu lalu Syahrini terus kekal mempertahankan gelaran ‘Penyanyi Paling Popular’ lima tahun berturut-turut di Anugerah SCTV 2014.
Sebelum ini, Syahrini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan Malaysia dua tahun lalu namun putus ditengah jalan akibat masalah persefahaman.
sumber: awani.com
0 Komentar untuk "Foto Syahrini Terima Kecaman Hebat"