Keja Gila...!!! Jual Isteri Demi Mendapatkan Projek..


ARTIS LELAKI TERGAMAK BIAR ISTERI DIRIBA LELAKI LAIN UNTUK PROJEK - Sanggup penggiat seni ini "menjual" isterinya sendiri untuk mendapatkan projek.

Dia sanggup membiarkan isterinya berada di ribaan lelaki lain dan bertambah malang nasib si isteri kerana dia tak berani nak membantah. Sama ada si isteri dah kena "mandrem" ataupun dia memang sangat patuh kepada perintah suaminya.

Itulah cerita yang di dengar, tak mahu percaya pun tak boleh kerana dalam dunia sekarang tiada yang mustahil kes ibu bapa jual anak pun sudah ada demi mendapatkan wang.

Banyak sekali cerita buruk mengenai penggiat seni ini, pasti pembaca nak tahu siapa dia, tetapi biarlah SS saja yang tahu siapa orangnya.

SS coretkan kisah ini agar menjadi teladan kepada semua, isteri amanah yang Allah SWT berikan kepada si suami dan bukan barangan yang boleh dijual beli serta diletak ke tepi apabila dah tak suka.

Kahbarnya bukan setakat itu saja, kru dan pelakon yang bekerja dengan penggiat seni ini pun selalu tertekan kerana dia bukan seorang yang mesra.

Kalau ada yang tidak kena , habis dihamunnya dan jika tiba-tiba muncul di set set pengambaran drama terbitannya, pelakon serta kru tak kuasa nak melayannya.

suasana yang pada asalnya riang dan ceria, terus menjadi senyap dan muram setibanya penggiat seni ini di lokasi.

Dengan wajah yang masam mencuka ia memberi aura yang tidak baik kepada semua orang, malah dia juga tidak segan silu menghamun isterinya di depan orang ramai.
0 Komentar untuk "Keja Gila...!!! Jual Isteri Demi Mendapatkan Projek.."

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info