Kanto!! Wanita Malang

DUA wanita warga asing ditahan dalam Ops BAH.

  Kuala Lumpur: Bukan sahaja beroperasi tanpa lesen, namun penyewa premis turut melakukan penambahan haram pada struktur kedai sehingga mengganggu premis berhampiran.
Itu antara beberapa kesalahan yang dilakukan beberapa pengusaha rumah urut tidak berlesen ketika operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) secara bersepadu oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa petugas agensi penguatkuasaan yang lain pada Selasa lalu.

Dalam operasi di kawasan Taman Segar di Cheras, pihak penguat kuasa menyerbu 18 premis rumah urut tidak berlesen.
Malah, beberapa premis berkenaan juga didapati melakukan pengubahsuaian struktur premis yang tidak mempunyai kebenaran dari pihak berkuasa tempatan iaitu DBKL.

Ketua operasi yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, tindakan drastik terpaksa dilakukan pihaknya iaitu memecahkan segala ubah suai sebagai peringatan.
“Dalam operasi yang bermula jam 6 petang itu, premis rumah urut di Cheras turut didapati melanggar peraturan dengan menggaji pekerja asing tanpa permit dan dokumen pengenalan diri.

“Tiga warga asing, masing-masing satu dari Indonesia, Bangladesh dan Vietnam yang bekerja di premis rumah urut itu ditahan kerana tidak mempunyai permit serta pasport,” katanya selepas mengetuai operasi.
Beliau menambah terdapat beberapa premis yang diserbu itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini dan mereka beroperasi menggunakan nama lain bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

“Dalam serbuan yang sama juga, dua tonto dan 30 orang disyaki penagih dadah dalam lingkungan antara 20-an hingga 60-an turut ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),” katanya
Ops BAH Siri 8 itu adalah rentetan daripada beberapa siri serbuan yang dilakukan sekitar Kuala Lumpur bermula pertengahan tahun lalu dan ianya akan berterusan bagi memastikan premis rumah urut dan juga pusat siber judi haram dapat dibanteras.

0 Komentar untuk "Kanto!! Wanita Malang"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info