Gambar Bayi Minum Arak Cetus Kontroversi






GAMBAR seorang bayi yang menikmati minuman keras atau arak telah mencetuskan kontroversi serta kemarahan orang ramai di China.
Menurut laporan media tempatan, bayi yang dipanggil Tangtang itu baru sahaja berusia 19 bulan dan boleh meminum arak itu sehingga setengah dengan sekali teguk.
Bapanya memberitahu sumber, dia telah memberikan Tangtang beberapa titik arak kepadanya dalam satu majlis bersama keluarga dan mendapati bayi itu telah mabuk.
Beberapa bulan kemudian, bapanya terus memberikan wain putih dan wain merah kepada bayi itu dengan alasan untuk memupuk keberanian dalam dirinya kelak.
Namun, kini dia menyesal dengan tindakannya itu kerana Tangtang sudah ketagih dengan minuman itu dan menjadikannya sebagai pengganti susu.
Walaupun minuman keras serta merokok adalah dilarang untuk individu yang berusia bawah 18 tahun, ibu bapa kini ternyata lansung tidak menghiraukan undang-undang tersebut dan tetap menggalakkan perbuatan itu di kalangan anak-anak mereka.
Sebelum ini, gambar seorang bayi yang merokok di tepi jalan di China turut menjadi viral dan mendapat perhatian masyarakat di sana. – 
baby-smokes
Sumber: Shanghaiist


baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "Gambar Bayi Minum Arak Cetus Kontroversi"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info