Penting!! MESTI BACA!! Portal Khas Kanak-Kanak Hilang Dilancarkan!!

(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!




SEBANYAK 401 kes kanak-kanak dan remaja yang hilang sejak tahun 2011 dilaporkan masih belum dapat diselesaikan.
Adakah nasib kanak-kanak malang ini masih selamat?
Persoalan ini sememangnya sukar untuk dijawab dan rata-rata masyarakat masih kurang diberikan maklumat mengenai kes-kes kehilangan kanak-kanak ini.
Bagi memudahkan carian kanak-kanak atau remaja hilang dan memberikan orang ramai akses kepada maklumat mengenai mereka, Polis Diraja Malaysia kini melancarkan Portal Kanak-Kanak Hilang, knk2hilang.rmp.gov.my.
Melalui laman ini kesemua senarai kanak-kanak atau remaja yang dilaporkan hilang dapat dilihat sekaligus lengkap dengan gambar.
Maklumat tentang bila mereka hilang dan tanda pengenalan diri turut disertakan.
knk4
Orang ramai boleh melayari laman portal http://knk2hilang.rmp.gov.my jika mempunyai sebarang maklumat untuk dilaporkan kepada pihak polis mengenai kanak-kanak hilang.
Terdapat juga senarai pegawai polis yang boleh dihubungi sekiranya anda mengetahui lokasi kanak-kanak atau remaja yang hilang ini mengikut negeri.
Portal ini juga menyenaraikan carian mengikut negeri bagi memudahkan proses pencarian kepada skala yang lebih kecil serta mudah.
Ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik oleh pihak PDRM bagi menyelesaikan kes kehilangan kanak-kanak dan remaja.
Tetapi jika kami boleh berikan sedikit komen membina, ada baiknya jika gambar beresolusi lebih tinggi digunakan.
knk2
Ini kerana beberapa gambar individu hilang langsung tidak jelas dan merupakan gambar dariflyer yang dicetak di atas kertas sahaja.
Terdapat juga gambar yang senget dan tidak berwarna, justeru bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti mereka yang hilang ini ada baiknya gambar lebih berkualiti digunakan.
Seperkara lagi ialah alamat laman web yang terlalu panjang dan sukar untuk dihafal.
Diharapkan saranan kami ini boleh dipertimbangkan PDRM kerana kami rasakan idea Portal Kanak-Kanak Hilang ini sememangnya bagus dan apa yang diperlukan cuma memperkemaskannya agar lebih efektif dan berguna. – 
Oleh: hzq

Komen


>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)



Artikel Menarik:

0 Komentar untuk "Penting!! MESTI BACA!! Portal Khas Kanak-Kanak Hilang Dilancarkan!!"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info