Sunnah Rasulullah SAW Yang Patut Kita Amalkan
1. Makan Garam Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.
2. Minum Guna Tangan Kanan Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.
3. Langkah Kanan Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.
4. Makan Menggunakan Tiga Jari Nabi s.a.w makan kurma dengan menggunakan tiga jari iaitu jari ibu, telunjuk, dan tengah. Sekiranya, susah bolehlah makan dengan tiga suapan pertama ikut sunnah
5. Gunting Bulu Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbual disitu
6. Jangan Bersiul Jangan bersiul kerana sewaktu iblis dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul menghiburkan iblis
7. Adab Masuk Dan Keluar Tandas Hendaklah membaca doa, kemudian masuk tandas dengan kaki kiri. pakai tutup kepala. Keluar kaki kanan, baca doa keluar tandas. Gunakan alas kaki
8. Ambil Wudhu' sebelum Tidur Gosok gigi dan ambil wudhu' sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
9. Pakai Cincin Perak Pakai cincin perak di jari kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala sunnah berterusan selama memakainya
10. Jangan Buang Air Menghadap Kiblat Ketika Buang Air Jangan buang air menghadap atau membelakangi kiblat. Dibolehkan apabila dalam bangunan, itupun jika terpaksa.
11. Menguap Menguap adalah dari syaitan. Tahanlah kamu dari menguap. Tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
12. Menyimpan Janggut Memotong misai dan menyimpan janggut lebih afdhal dengan jambang sekali. Mendapat pahala jika amal secara berterusan selama menyimpannya.
13. Posisi Tidur Posisi tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah saw ialah mengereng ke atas rusuk kanan, muka dan badan menghadap ke kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
14. Beri Makan Anak-Anak Yatim Rasulullah saw suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut
15. Kongsi Makanan Jangan kedekut brkongsi makanan. Nabi saw suka makanan yang banyak tangan memakannya.
16. Pemberian Yang Tidak Boleh Ditolak Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu
17. Makan Dengan Orang Miskin Rasulullah saw suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin,hendaklah kita dahulukan mereka
18. Makanan Panas Rasulullah saw melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk dahulu hingga mudah untuk dimakan.
19. Giliran Minum Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang di sebelah kanan.
20. Jangan Tidur Meniarap Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah swt.
p/s: Sebarkan supaya lebih ramai lagi yang mengamalkan sunnah. Jom amal sunnah Nabi saw!
sumber:newsmetrodaily
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "INILAH 20 AMALAN SUNNAH RASULULLAH SAW YANG KITA TAHU TAPI TIDAK AMALKAN!"