MH370: Gempar!! Sesuatu Yang Perlu Diketahui Tentang MH 370??







SERPIHAN sayap Boeing 777 yang ditemui di Pulau Reunion disahkan Malaysia dari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, membuktikan ia terhempas di Lautan Hindi. Bagaimanapun, punca nahas masih tidak diketahui.
Berikut perkara utama yang kita tahu dan masih tidak tahu mengenai misteri MH370.
Kita tahu:
- MH370 berlepas dari Kuala Lumpur dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal pada 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lalu, melalui Laut China Selatan menuju Beijing.
- Pesawat dipandu juruterbang Zaharie Ahmad Shah, 53, yang mempunyai 33 tahun pengalaman dengan syarikat penerbangan itu manakala Fariq Abdul Hamid, 27, ialah pembantu juruterbang.
- Sebelum MH370 memasuki kawasan trafik udara kawalan Vietnam, seseorang dalam kokpit menghantar mesej suara terakhir kepada pengawal Malaysia berbunyi: “Selamat malam, Malaysia Three Seven Zero,” pada jam 1.19 pagi.

- Sekitar jam 1.30 pagi, sistem pengesanan, termasuk transponder pesawat ditutup tetapi pesawat itu muncul di radar tentera sehingga jam 2.15 pagi menunjukkan ia kembali ke arah Malaysia dan kemudian menuju ke Lautan Hindi.

- Serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion selepas lebih 16 bulan pesawat hilang disahkan dari MH370 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkannya pada jam 1.30 pagi 6 Ogos 2015 dengan memetik penyiasat antarabangsa.

- Bateri beacon perakam data penerbangan yang hayatnya 30 hari pada MH370 kemudiannya didapati telah tamat tempoh lebih setahun sebelum berlepas, menimbulkan persoalan sama ada menjejaskan usaha pencarian lokasi pesawat terhempas di Lautan Hindi.
Kita tidak tahu:

- Punca pesawat itu mengalihkan laluan kerana sama ada krew kokpit atau sistem pemantauan pesawat tidak memberi sebarang tanda masalah sebelum itu dan cuaca pada malam kejadian adalah baik.
- Adakah ada krew kokpit terlibat kerana ramai pakar menganggap ia menjadi kemungkinan paling besar.

- Adakah berlaku rampasan atau keganasan dalam pesawat kerana tiada sebarang tuntutan daripada sesiapa.
- Kenapa sistem pengesanan pesawat dimatikan dan oleh siapa.
- Di mana lokasi MH370 terhempas. Walaupun penemuan serpihan sayap membantu mengesahkan kawasan carian adalah di Lautan Hindi namun selagi kotk hitam dan perakam data penerbangan tidak ditemui, punca kehilangan MH370 kekal menjadi misteri. - AFP

mh370 pulau reunion MAS
Pengesahan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi adalah milik MH370 merupakan satu kejayaan besar untuk menyelesaikan kehilangan pesawat itu, kata Malaysia Airlines (MAS).
“Kami menjangka dan berharap lebih banyak objek akan ditemui bagi membantu menyelesaikan misteri ini,” tambah MAS dalam satu kenyataan.
MAS berkata anggota keluarga penumpang dan anak kapal sudah dimaklumkan dan “kami melahirkan rasa simpati yang teramat kepada mereka yang terlibat.”
“Malaysia Airlines juga ingin menyampaikan rasa sedih yang teramat kepada keluarga dan sahabat penumpang dalam penerbangan MH370 berikutan berita serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai adalah sah milik MH370,” katanya.
Syarikat penerbangan itu berkata keutamaan mereka sekarang adalah untuk terus memberikan maklumat terkini kepada keluarga dan bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa terlibat untuk menyiasat tragedi itu. – Bernama

AppleMark
Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian, Ketua Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kuala Lumpur, berkata tekanan udara di sesuatu kawasan di Lautan Hindi menyebabkan ombak bergerak sama ada ke arah timur atau barat. Oleh itu, objek atau serpihan dengan daya apung yang tinggi, akan ditolak arus lautan ke arah utama di kedua-dua arah. – Gambar fail Reuters

Tekanan udara, arus lautan dan angin, yang bertiup sama ada ke arah timur atau barat, menyebabkan satu flaperon serta serpihan lain daripada sebuah pesawat Boeing 777 terdampar di pantai Pulau Reunion Island, kata seorang pakar penerbangan.

Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian, Ketua Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kuala Lumpur, berkata tekanan udara di sesuatu kawasan di Lautan Hindi menyebabkan ombak bergerak sama ada ke arah timur atau barat.
“Jadi, objek atau serpihan dengan daya apung yang tinggi, akan ditolak arus lautan ke arah utama di kedua-dua arah. Dalam kes ini, kemungkinan lokasi paling hampir ialah di sekitar Madagascar dan negara Afrika yang menghadap Lautan Hindi.
“Objek yang memiliki ciri-ciri yang membolehkannya terapung, akan menuju ke arah timur atau barat disebabkan arus Lautan Hindi,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata tekanan udara, arus lautan dan arah anginlah yang menggerakkan objek dan menentukan ke mana arah tujuannya.

“Pulau Reunion terletak dalam lingkungan kawasan yang disyaki menjadi lokasi pesawat berkenaan terhempas di Lautan Hindi. Ini menyebabkan hampir pasti bagi sesebuah pesawat yang mengakhiri penerbangannya di situ, serpihannya dihanyutkan ke pulau berkenaan,” kata Mohd Harridon.
Pulau milik Perancis itu terletak di luar pantai Madagascar, kira-kira 4,000km dari tempat usaha mencari pesawat MH370 Malaysia Airlines dijalankan.
Beliau berkata adalah hampir mustahil bagi keseluruhan bangkai pesawat itu dihanyutkan ke pantai.
“Seluruh bangkai peswat itu akan tenggelam di dalam lautan. Hanya sebahagian… serpihan seperti flaperon, sayap dan objek lain daripada pesawat tersebut akan dihanyutkan ke pantai,” katanya.
Flaperon berkenaan, yang disahkan berasal daripada sebuah pesawat Boeing 777, dibawa ke Toulouse, Perancis untuk ditentukan sama ada ia berasal daripada Penerbangan MH370.
Penerbangan MH370 hilang daripada pengesanan radar pada kira-kira tengah malam 8 Mac tahun lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. – Bernama


MH370 ditemui di Pulau Reunion, waris terkejut dengar pengumuman PM

mh370 reunion found

Keluarga mangsa penerbangan MH370 terkejut dengan pengumuman perdana menteri yang mengesahkan penemuan ‘flaperon’ di Pulau Reunion milik pesawat malang itu. Foto TMI

Bapa kepada salah seorang mangsa penerbangan MAS MH370, Selamat Omar, 62, terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengesahkan penemuan ‘flaperon’ di Pulau Reunion, adalah milik pesawat malang itu.

Beliau berkata penemuan itu adalah di luar jangkaan kerana kedudukan flaperon itu dari lokasi sebenar pesawat itu disahkan terhempas iaitu di Selatan Lautan Hindi lebih setahun lalu terlalu jauh.
“Ini memang di luar jangkaan…sebab ia terlalu jauh dari lokasi sebenar pesawat itu dikatakan terhempas.
“Namun saya tetap menerima ini sebagai takdir. Usaha pencarian bukti lain akan diteruskan kerajaan Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian di kediamannya di Felda Bukit Mendi di Bera, semalam.
Selamat adalah bapa kepada mangsa Khairul Amri Selamat, 29.
Selamat berkata dengan penemuan bukti terbaharu itu mungkin sedikit sebanyak memudahkan usaha pencarian bukti lain termasuk barangan peribadi milik mangsa.
“Sekurang-kurangnya jika jumpa sehelai baju pun jadilah, ia untuk memberi keadilan kepada keluarga mangsa yang masih berharap agar mayat atau jenazah mereka dijumpai,” katanya.
Pesawat MAS Penerbangan MH370 yang membawa Khairul Amri bersama 226 penumpang lain bersama 12 anak kapal ke Beijing, China hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lalu.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Selamat berkata, beliau menerima hakikat serpihan yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370.
“Jika ini ketentuanNya, saya reda.
“Saya harap dengan pengesahan ini bangkai pesawat dapat ditemui dengan secepat mungkin dan dibawa pulang.
“Walaupun pahit tapi inilah hakikat yang harus diterima kami sekeluarga,” katanya.
Selamat juga berharap jasad anaknya dapat ditemui dan dikebumikan di tanah air.
Maira Elizabeth Nari, 19, pula tidak dapat mengawal perasaan sedihnya apabila menerima berita pengesahan serpihan daripada MH370.
“Buat masa sekarang tiada apa yang mampu saya katakan terhadap apa yang terjadi kepada bapa saya,” katanya.
Maira Elizabeth merupakan anak sulung kepada ketua pramugara MH370 Andrew Nari.
Sementara itu, Azrai Izet, 39, suami kepada penumpang MH370 Fadzilah Abd Rahim, ketika dihubungi enggan memberi sebarang komen. – Bernama
mh370 la reunion

baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "MH370: Gempar!! Sesuatu Yang Perlu Diketahui Tentang MH 370??"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info