*5 CARA MENGENALI IKAN YANG DIBERI BAHAN PENGAWET (FORMALIN):*
.
_Formalin_ adalah bahan kimia yang biasanya digunakan sebagai bahan pengawet. Pada umumnya formalin digunakan sebagai pengawet mayat/jenazah dan penggunaannya adalah dilarang sebagai bahan pengawet makanan.
.
Namun masih banyak peniaga yang rakus mengejar keuntungan semata-mata menggunakan formalin sebagai bahan pengawet makanan terutama pada ikan agar mereka tidak mengalami kerugian.
.
Mungkin ramai juga yang keliru nak membezakan yang mana satu ikan segar dan yang mana satu ikan yang mengandungi formalin. Tetapi mungkin dengan perkongsian ini, kita akan lebih mudah untuk mengenali ikan-ikan yang telah diberi bahan pengawet.
.
.
_CIRI-CIRI IKAN YANG MENGANDUNG BAHAN PENGAWET :_
*1.* Lebih Tahan Lama
Ikan yang mengandungi formalin akan lebih tahan lama dan tidak busuk walaupun tidak disimpan di peti sejuk.
*2.* Warna Insang Merah Tua
Kulit luaran ikan kelihatan cerah berkilat, cantik dan bersih, mata ikan bewarna merah tetapi warna insang kelihatan pucat/merah tua bukan merah segar. Ada juga yang sudah berlendir.
*3.* Tidak Dihinggapi Oleh Lalat.
Cuba perhatikan ketika hendak membeli ikan sama ada lalat berkeliaran di sekitarnya atau tidak kerana lalat tidak akan hinggap pada ikan yang mengandungi formalin.
.
*4.* Kucing Tidak Menyukainya
Kucing mempunyai deria bau yang lebih tajam daripada manusia, apatah lagi soal ikan yang merupakan makanan kegemarannya, jadi kucing boleh membezakan ikan yang mengandungi bahan pengawet atau tidak. Cuba berikan ikan yang telah dibeli, kucing tidak akan memakan ikan tersebut jikalau mengandungi formalin.
*5.* Tidak Berbau Hanyir
Bau terlebih dahulu ikan yang hendak dibeli, jikalau tidak berbau hanyir, boleh jadi ikan tersebut berpengawet kerana penggunaan bahan pengawet seperti formalin dapat menghilangkan bau asli dari ikan.
P/S:
Oleh itu, kita perlu lebih berhati-hati dan teliti dalam membeli ikan-ikan yang terdapat dipasaran sekarang. Ada dikalangan kita, ikan merupakan salah satu menu harian yang wajib untuk dihidangkan. Tanpa kita sedari ikan yang mengandungi formalin yang dimakan oleh kita hari-hari. Hal ini amat serius bagi kesihatan manusia yang boleh menyebabkan *KANSER* dan yang paling mengerikan adalah *KEMATIAN.*
.
http://www.utusan.com.my
0 Komentar untuk "5 Cara Mengenali Ikan Yang Ada Bahan Pengawet (Formalin@abu mayat)!!SEBARKAN!!"