Al fatihah buat arwah pesakit saya. Pesakit diphteria kedua saya yang meninggal dunia. Hampir dua tahun lalu, kami gagal menyelamatkan seorang bayi kerana saluran pernafasannya tersumbat akibat diphteria. Tetapi tidak mengapa, arwah mengajar banyak perkara.
1. Ya, saya dapat tunjukkan kepada doktor junior saya bahawa ini adalah diphteria. Satu penyakit yang sudah jarang berlaku di seluruh dunia. Ramai yang tidak mengenali penyakit ini. Saya tidak berbangga, bahkan saya berharap mereka tidak pernah berjumpa dengan penyakit ini.
Ia juga membuatkan saya teringat kembali akan memori hitam di saat saya kehilangan seorang pesakit akibat diphteria. Pesakit itu mati di depan saya dan saya mengambil masa yang agak lama menyalahkan diri sendiri di atas kematiannya itu.
2. Saya dapat tunjukkan kepada masyarakat, terutamanya golongan anti vaksin bahawa saya tidak pernah berbohong kepada anda mengenai pengalaman saya bertemu pesakit berjangkit di Sabah. Juga saya abadikan dalam buku saya 'Mortuari', terbitan Dubook Press di bawah nukilan bertajuk 'Jarum Yahudi'.
3. Pada tahun 1921, terdapat 206,000 kes diphteria di Amerika Syarikat yang membawa kepada 15,520 kematian. Di England dan Wales, 1930, kes diphteria adalah penyebab ketiga kematian kanak-kanak di sana.
4. Berikutan siri vaksinasi dipteria bermula pada tahun 1920 an, kes diphteria mula menurun. Antara 2004-2008, tiada kes diphteria yang direkodkan di Amerika Syarikat.
5. Bagaimana, pada tahun 2007, sebanyak 4,190 kes diphteria direkodkan di seluruh dunia.
6. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kes diphteria sudah mula dikesan di Malaysia, selari dengan peningkatan kempen anti vaksinasi oleh sekumpulan bijak pandai yang berilmukan Professor Google dan perubatan alternatif.
7. Selagi golongan yang mementingkan diri ini tidak dihapuskan, akan muncul lebih banyak lagi penyakit berjangkit yang akan menghantui kita. Bukti sudah ada di depan mata kita.
8. Pertussis, Measles, Diphteria sudah mula menjadi biasa di negara kita kini. Tidak lama lagi, polio, smallpox, ebola akan datang menyapa kita. Bersediakah anda?
9. Al fatihah buat pesakitku. Semoga egnkau damai di sana. Semoga pemergianmu membawa kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan vaksinasi.
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "Bahaya!! Anak Ini Jadi Mangsa!! Kes Terbaru Maut Diphteria Di Malaysia Gara² Ini.."