Seorang bayi berusia 14 bulan di sini yang dilahirkan dalam keadaan usus, perut dan hati berada di luar tubuhnya memerlukan bantuan untuk menjalani pembedahan memasukkan semula kesemua organnya itu ke tempat sepatutnya.
Keadaan Nell Marshall yang dilahirkan pada 4 Mac 2014 itu berlaku disebabkan perutnya tidak terbentuk secara sempurna ketika berada di dalam rahim ibunya.
Ibunya, Joanne Marshall, 35, berkata, sekumpulan pakar jantung memaklumkan mereka menemui sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini sejak 30 tahun berkecimpung di dalam bidang perubatan.
“Mereka menemui satu lubang antara pembuluh darah yang keluar dari jantung dan memaklumkan anak kami mungkin tidak mampu hidup lama,” ujarnya.
Sebelum ini, Nell pernah menjalani rawatan pembedahan tampalan kulit khinzir di Hospital Freeman selama lima jam untuk memperbaiki lubang yang berada di pembuluh darahnya.
Selepas setahun, Nell dilihat semakin sihat, namun masih perlu menjalani pembedahan dalam tempoh enam minggu lagi untuk memasukkan semua organ itu ke dalam badannya. – Agensi
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "Gempar!! Bayi Lahir Dengan Usus, Perut Dan Hati Di Luar Badan!!"