Berita Terkini Kes Buli Budak Baju Singlet Hitam Tersebar

kes-buli
Berita terkini kes buli budak baju singlet hitam tersebar. Ramai pihak mendakwa insiden itu berlaku di Maktab Mahmud Padang Terap, Kedah namun pihak pentadbiran sekolah menafikan dakwaan tersebut kerana video itu tiada kena mengena dengan sekolah terbabit. Pada masa yang sama, pihak sekolah Maktab Mahmud Padang Terap telah membuat laporan polis kerana dikaitkan dengan video pelajar yang dipukul. Bagaimanapun, rakaman kes buli yang tersebar secara viral dilaman sosial sejak 3 November 2014 telah menjadi perbualan hangat sehingga ramai individu mengecam tindakan pembuli yang memakai baju singlet hitam. Setakat ini, lokasi sekolah terbabit yang dikaitkan dengan kes buli masih lagi belum diketahui – Melvister.com
0 Komentar untuk "Berita Terkini Kes Buli Budak Baju Singlet Hitam Tersebar"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info