UPDATED!!: 29 Pendaki Jadi Mangsa Gegaran Di Gunung Kinabalu

(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!
(VIDEO): Pesta Tidak Bermaruah Di JepunVideo: 7 Gadis Terengganu 'Berpesta Arak' Tersebar



Gempa bumi Sabah: 29 pendaki berjaya dibawa turun
KOTA KINABALU: Seramai 29 daripada 151 pendaki berdaftar yang terkandas di Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi yang berlaku di Ranau, pagi tadi, telah berjaya dibawa turun pasukan penyelamat setakat ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata tiga daripada mangsa yang dibawa turun juga mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital untuk menerima rawatan.

Katanya, mangsa yang cedera dikenali sebagai Robi Satinggi, 30 (Malin Gunung) yang mengalami kecederaan di kepala, James Mikol, 29, (Jurulatih Pendaki) cedera di kaki dan tangan dan seorang pelancong dari Turki, Semiha Turkay, 35 yang patah pinggang dan kaki kiri.
"Baki 40 pendaki lain masih berada di punca
k gunung dan masih menunggu pasukan penyelamat untuk membawa mereka turun manakala selebihnya dalam perjalanan turun namun pihak kami masih cuba mengesan kedudukan mereka.

"Kita juga mengalami kesukaran untuk melaksanakan operasi khas 'Op Gempa' yang turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), serta Taman-Taman Sabah (TTS) berikutan keadaan kabus tebal," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, sebentar tadi.

Dalam perkembangan lain, beliau masih belum dapat mengesahkan sama ada kejadian itu membabitkan kehilangan nyawa atau tidak.

"Saya hanya akan memberi maklumat rasmi selepas Ketua Polis Daerah (Ranau) memaklumkan dan mengesahkan kepada saya," katanya.




KANTOi!! VIDEO DOKTOR GATAL DIRAKAM CABUL PESAKIT



selanjutnya dan Lihat VIDEO DISINI




Artikel Menarik:








0 Komentar untuk "UPDATED!!: 29 Pendaki Jadi Mangsa Gegaran Di Gunung Kinabalu "

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info