NGERI : LELAKI PARAH DIBAHAM BUAYA KETIKA MEMANCING DI LOJI AIR JERAGAN BISTARI SABAH (8 GAMBAR)







LAHAD DATU: Seorang lelaki yang merupakan seorang pekerja ladang cedera parah selepas beliau dilaporkan telah diserang oleh seekor buaya ketika sedang memancing.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI 

DAN SINI



Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, warga Indonesia, Sulle Buriah, 37, pekerja ladang kelapa sawit di FELDA Sahabat 39, bersama anak lelakinya berusia lapan tahun dikatakan sedang memancing di sebuah kawasan takungan air berhampiran Loji Jeragan Bistari di kawasan Felda tersebut.

Ketika memancing, tiba-tiba seekor buaya telah menyambar kakinya menyebabkan dia jatuh ke dalam kolam takungan air berkenaan.

Pengurus Ladang FELDA Sahabat 39, Shahalin Barahim berkata, penduduk yang berada di lokasi kejadian terus bergegas menarik keluar mangsa yang ketika itu sedang bergelut dengan buaya berkenaan.

"Mangsa yang patah tangan dan mengalami kecederaan di paha kanan dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya dipetik laporan Berita Harian.

Shahalin berkata, kolam takungan air berkenaan memang dihuni buaya, namun tidak pernah berlaku kes reptilia itu menyerang manusia

Laporan kejadian, pekerja digigit buaya.

 Nama mangsa:sulle bin buriah Pekerja:fgvpm sahabat 39 Lokasi kejadian:berhampiran loji air jeragan bistari sabah.

Masa kejadian:jam lebih kurang 5.30 ptg. Kecederaan:tangan kanan cedera sehingga nampak tulang, paha sebelah kiri ade kesan gigitan sehingga tembus kesebelah. 

Maklumat yg diterima, mangsa memancing ditepi sungai berhampiran loji air jeragan bistari. Tiba2 seekor buaya dtg trus membaham tangan sebelah kanan mangsa, menyebakan mangsa terjatuh ke sungai. Credik IRDK CREW EDITION 

Berita penuh di Akhbar Tempatan : Lahad Datu: Seorang pekerja ladang kelapa sawit parah diserang buaya ketika memancing di takungan air berhampiran Loji Jeragan Bistari di FELDA Sahabat 39, dekat sini, petang semalam. 

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Sulle Buriah, 37, hampir putus tangan kanan selain cedera dengan kesan gigitan di peha selepas bergelut dengan reptilia sepanjang dua meter. 

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan lanjut oleh pekerja lain yang menyedari kejadian itu. 

Difahamkan, mangsa sedang memancing bersama anak lelakinya berusia lapan tahun sebelum diserang haiwan berkenaan sehingga terhumban ke dalam air. 

Sementara itu Pengurus Ladang FELDA Sahabat 39 Shahalin Barahim berkata, beberapa penduduk yang menyedari kejadian itu membantu mangsa yang sedang bergelut dengan buaya berkenaan. "Mangsa sudah dihantar ke hospital untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi. 

Menurut Shahalin, kolam takungan air itu memang dihuni buaya, namun kes serangan reptilia itu adalah yang pertama dialami penduduk.-HM 




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI 

DAN SINI

Rakaman CCTV Lengkap DI SINI


   

baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:







0 Komentar untuk "NGERI : LELAKI PARAH DIBAHAM BUAYA KETIKA MEMANCING DI LOJI AIR JERAGAN BISTARI SABAH (8 GAMBAR)"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info