Kemalangan Ngeri Di Kota Marudu

LAPORAN KEMALANGAN MAUT DAERAH KOTA MARUDU.
Kemalangan melibatkan  sebuah Lori 10 Tan Isuzu SK9108 dengan Motorsikal Suzuki RG BFU1894.

BUTIRAN KEJADIAN:

i) Tarikh Kejadian: 26/05/2015
ii) Masa : 1350HRS
iii)Lokasi Kejadian: Kg Salimandut, Kota Marudu
iv) Butir butir mangsa:
1) Nicknos Jewos /990703126677/L/Dusun /16thn/Pelajar SMK Bandau /Alamat: Kg Rasak Darat, Kota Marudu
(Penunggang Motosikal Suzuki RG BFU1894 )
- Mangsa maut di tempat kejadian
2) Zihan Akhbar Bin Jikula//L/15Thn/ Dusun/ Pelajar SMK Bandau/ Alamat:Kg Rasak Darat, Kota Marudu.
(Penumpang Motosikal Suzuki RG BFU1894)
- Cedera Parah
v) Kes disiasat bawah:
Sek 41(1) APJ 1987

Pada 26/05/2015 lebih kurang jam 1350Hrs, satu kemalangan maut berlaku di Jalan Kg Salimandut Tandek, Kota Marudu melibatkan  02 buah kenderaan seperti butiran diatas. Kenderaan Lori 10 Tan dipandu dari arah Pekan Tandek menuju ke arah Kg. Pelipikan apabila sampai di tempat kejadian, semasa lori tersebut sedang melalui satu selekoh datang sebuah motorsikal dari arah bertentangan dipercayai ditunggang dalam keadaan laju telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian sebelah kanan lori tersebut.  Akibat kejadian tersebut mangsa penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian kepala telah maut ditempat kejadian. Manakala pembonceng Motosikal cedera parah patah kaki sebelah kanan. Penunggang dan Pembonceng Motosikal ada memakai topi keledar. Pemandu lori dan penunggang motosikal tidak disyaki mabuk.

4. Mayat telah dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk Post Mortem.
5. Kenderaan terlibat telah dibawa ke IPD Kota Marudu untuk dirujuk ke PUSPAKOM.


KEADAAN JALAN:
Jalan selekoh  dengan garisan putih putus-putus di tengah, jalan bertar dan bahu jalan tidak bertar.

KEADAAN CUACA:
Sekian,untuk makluman.







0 Komentar untuk "Kemalangan Ngeri Di Kota Marudu"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info