Mesti Baca!!.PENTING!! CARA MENGELAK DARIPADA DIPANAH PETIR. SEBARKAN!!



Sebarang struktur binaan tempat perlindungan perlulah dilengkapi dengan sistem pertahanan petir yang mematuhi piawaian Malaysia, MS-IEC62305.

Memandangkan musim hujan dan ribut petir dijangka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, orang ramai diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.


1. HENTIKAN semua aktiviti luar dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!


2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.

3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.

4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.

5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.

6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah  atau masuk ke dalam longkang kering.

7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).

8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.

9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik.  JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.

10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi..

Inilah kesan terkena petir..

maut terkena petir ketika melancap


terkena petir ketika disekolah


mangsa yang terselamat daripada terkena petir



CARA MENGELAK DRP DIPANAH PETIR
0 Komentar untuk "Mesti Baca!!.PENTING!! CARA MENGELAK DARIPADA DIPANAH PETIR. SEBARKAN!!"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info