Saya terkejut melihat rakaman dalam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita
berambut panjang tanpa seurat benang di laluan berhampiran Plaza Tol Batu Lebuhraya DutaUlu
Klang (Duke), semalam.
Sebelum keluar dari bilik kawalan untuk menyelamatkannya tetapi bila didekati, dia sebenarnya
lelaki,” kata Anuar Borohan, 40 tahun menceritakan kejadian seorang pondan bogel merayau
berhampiran Plaza Tol Batu Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), semalam.
Anuar yang juga petugas bilik kawalan trafik Duke berkata, dia menerima panggilan daripada
pengguna lebuh raya berkenaan yang mengadu ternampak kelibat pondan terbabit yang
berbogel di Kilometer 3 arah timur, jam 1.45 tengah hari.
Pengguna memaklumkan, ada orang jalan kaki memasuki lebuh raya dari Jalan Duta arah ke
Sentul tanpa memakai baju sebelum saya memeriksa rakaman CCTV di laluan itu. Saya segera
keluar dari bilik kawalan yang terletak tidak jauh dari tempat pondan terbabit merayau untuk
menyelamatkannya kerana bimbang dia dilanggar kereta,” katanya.
Menurutnya, sebaik keluar, dia segera memujuk pondan terbabit supaya keluar dari lebuh raya.
Bagaimanapun, dia bukan saja enggan, malah menumbuk saya tiga kali menyebabkan bibir
saya berdarah.
Walaupun kesakitan, saya meneruskan usaha memujuknya sebelum dia melibas kaki saya
dengan besi penghadang jalan,” katanya.
Katanya, dia terpaksa bergelut dengan lelaki itu
sehingga pakaiannya koyak direntap dan terpaksa meminta bantuan pengguna lebuh raya untuk
menangkapnya.
Mujur seorang pemandu memberhentikan keretanya dan membantu saya menangkap pondan
terbabit.
Dia juga menawarkan kenderaannya untuk menghantar pondan itu ke Plaza Tol Air
Panas.
Di plaza tol itu, pondan itu dipakaikan selimut untuk menutup tubuhnya sebelum diserahkan
kepada polis peronda,” katanya. Anuar berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak tiga
tahun bekerja dengan Duke dan akan dikenang sebagai pengalaman berharga.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
DAN SINI
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "Lagi Kes Wanita Berb*gel Di Khalayak Ramai Melakukan Perkara Yang Tidak Sepatutnya!!"