MALAYSIA : Berikutkan keputusan kerajaan yang akan membawa masuk kira-kira 1.5 juta warga
Bangladesh, ternyata ramai rakyat tempatan risau dengan peluang pekerjaan yang ada.
Memetik laporan Bernama, kerajaan #melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) tampil memberi jaminan
bahawa dengan kemasukan buruh dari Bangladesh ke negara ini, tidak akan menjejaskan peluang
pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Menurut kementerian, keseimbangan #pasaran buruh juga tidak akan terjejas kerana pekerja-pekerja
asing ini hanya akan dibenarkan bekerja di lima sektor formal iaitu pembinaan, perkilangan,
perladangan, pertanian dan perkhidmatan.
“Cadangan berhubung kemasukan #1.5 juta pekerja dari Bangladesh dibuat setelah mengambil kira
perkembangan ekonomi negara dan keperluan industri bagi mengisi jawatan yang tidak digemari rakyat
tempatan.
“Bagaimanapun kerajaan juga sangat #berhati-hati dalam perkara ini agar peluang pekerjaan kepada
rakyat tempatan tidak terjejas dan sentiasa dilindungi,” jawapan bertulis KDN kepada soalan Sim Tze
Tzin (PKR-Bayan Baru) yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.
Tze Tzin, ingin mengetahui apakah #rasional di sebalik cadangan kerajaan untuk membenarkan 1.5 juta pekerja Bangladesh.
Tze Tzin, ingin mengetahui apakah #rasional di sebalik cadangan kerajaan untuk membenarkan 1.5
juta pekerja Bangladesh bekerja di negara ini.
Menjawab soalan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) pula yang menyoalkan tentang masalah
sosial jika kemasukan pekerja-pekerja asing ini, #KDN menyatakan bahawa kerajaan sentiasa
menyedari isu ini merupakan isu yang sangat mencabar.
KDN akan bekerjasama dengan #Kementerian Sumber Manusia dan semua agensi kawal selia serta
agensi penguatkuasa yang lain bagi memastikan pekerja asing sentiasa terkawal dan tidak memberi
implikasi terhadap keselamatan dan ketenteraman negara.
Menurut kementerian lagi, mereka hanya dibenarkan memasuki #Malaysia melalui Visa Dengan
Rujukan (VDR) untuk direkodkan ke dalam Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing
(NERS) melalui pengambilan biometrik.
Kehadiran buruh-buruh asing ini adalah untuk #mengisi jawatan-jawatan yang tidak digemari rakyat
tempatan, terutamanya berunsurkan 3D (kotor, berbahaya dan sukar) adalah perlu bagi membantu
kerajaan meningkatkan kemampanan ekonomi negara.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
DAN SINI
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "MOHON SEBARKAN!! 5 FOTO KEJADIAN MEMALUKAN INI SETELAH KEMASUKAN 1.5 JUTA MAT BANGLA KE MALAYSIA"