Setiap orang pasti akan meninggal dunia, namun kapan pastinya tidak ada yang tahu. Bukan hanya
faktor umur, tetapi penyakit dan kejadian tertentu boleh mebuat seseorang meninggal dunia.
Kematian juga tidak hanya terjadi pada mereka yang berumur tua, anak-anak sekalipun boleh
meninggal dunia dan meninggalkan duka yang dalam terutama bagi orang tua yang ditinggalkannya.
Namun ada kejadian aneh dan juga mistik, ketika sebuah keluarga ditinggalkan oleh anaknya, di mana
ibunya yang sedang bersedih di hadapan kerandanya, 'dihiburkan' oleh roh anaknya melalui belon.
Dalam dua video yang dikeluarkan oleh ibu yang sedang berduka bernama Joy Ganda Vibar-Alamares,
dari Filipina, selepas anaknya Trebby meninggal dunia, memperlihatkan sebuah belon udara
mengandungi helium datang dari peti mati anaknya dan mendekatinya, bahkan kelihatan 'memeluk'.
Keluarga berkata, mereka percaya bahawa belon itu sedang dipindahkan oleh roh anaknya yang
berusia tujuh tahun. Dalam akaun Facebook Alamares menuliskan: 'Saya ingin percaya bahawa ini
adalah misi terakhirnya'.
Video pertama yang diunggahnya telah menarik lebih daripada 3.5 juta penonton, yang menunjukkan
sebuah peti mati berwarna putih ditutup dengan bunga dan belon putih, dan memaparkan potret
anaknya yang meninggal dunia.
Salah satu belon kemudian mula mengambang ke arah bangku di kapel, di Legazpi City, Albay, dan
mendatangi ibunya dengan cara yang mistik.
Alamares yang menangis perlahan, lalu melihat ke arah belon yang terapung lembut ke tangannya,
menyenggol kepala kemudian mula 'memeluk'.
Video ini juga telah diagihkan lebih dari 69.000 kali dengan 22,000 komen, sejak dimuat naik pada 2
November tahun lalu.
Berikut videonya untuk anda, percaya atau tidak terpulang kepada anda yang menontonnya:
LIHAT VIDEO DIBAWAH:
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
DAN SINI
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "(VIDEO): KEJADIAN SEBENAR!! PERCAYA ATAU TIDAK!! VIDEO ROH KANAK-KANAK MEMELUK IBUNYA!!"