Kaitan Mila AF5 Dengan Kapten Zaharie Juruterbang MH 370


Mila AF5 pertahan Kapten Zaharie tidak bersalah - Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin mendakwa mengenali secara rapat Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 dan ahli keluarganya.

Kata Mila kepada Sinar Harian, dia berpeluang untuk berkenalan dengan Zaharie ketika pakar juruterbang itu menghadiri satu majlis Kelab Peminat Mila Jirin pada tahun 2007. Hubungan mereka semakin rapat selepas Mila sering berjumpa dengan keluarga Zaharie.

“Malah saya pernah mengunjungi kediamannya untuk bertemu isteri dan anak-anaknya. Selepas mendapat tahu kejadian itu, saya cuba menghubunginya, namun gagal."

“Saya begitu sedih dengan apa yang menimpanya sekarang dan berharap dia dapat pulang semula ke tanah air dengan selamat.”

Ditanya tentang keperibadian yang dimiliki Kapten Zaharie, Mila tanpa berselindung memberitahu Zaharie merupakan seorang yang sangat merendah diri dan penyayang.


HATINYA gundah, jiwanya kacau saat mengenangkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang tanpa meninggalkan jejak. Meskipun sudah seminggu peristiwa kehilangan MH370 dipaparkan di media massa, Mila Jirin masih sedih mengenangkan apa yang telah terjadi.

Baginya kehilangan anak kapal dan penumpang pesawat kebangaan negara tersebut penuh misteri. Namun jauh di sudut hatinya dia cukup risau dengan keadaan mereka.
Tambahan pula Kapten Zaharie Ahmad Shah cukup dikenalinya apabila juruterbang tersebut menyertai kelab peminatnya sejak tahun 2007 yang lalu.

“Saya tak tahu nak cakap sebenarnya. Perasaan sedih dan trauma masih lagi saya rasakan apatah lagi kisah kehilangan pesawat masih lagi hangat diperkatakan.
“Apa yang boleh saya simpulkan antara saya dan Zaharie kami memang mengenali antara satu sama lain. Beliau memang seorang lelaki yang baik dan sering kali terlibat dengan acara anjuran kelab peminat saya," jelas Mila ketika dihubungi.

Walaupun begitu, Mila menjelaskan yang mereka sudah lama tidak bertemu dalam acara-acara kelab disebabkan kesibukan masing-masing.
Dia masih ingat kali terakhir bertemu Zaharie di Melaka beberapa tahun lalu. Ketika itu mereka bersembang panjang dan Zaharie ada menitipkan kata-kata nasihat buat dirinya.
“Saya anggap dia sebagai orang dewasa yang banyak pengalaman hidup. Kami tidaklah begitu rapat tetapi saya memang mengenali perwatakan setiap ahli kelab peminat The Voice Of Mila.

“Sejujurnya hanya selepas kejadian ini barulah saya tahu beliau merupakan juruterbang MAS. Sebelum ini saya tak pernah tahu pun jawatannya," kata penyanyi genit itu
Buang gambar Mengimbas kembali kejadian kehilangan pesawat tersebut, Mila hanya mengetahui tentang perkara berkenaan (8 Mac) melalui laman sosial.

Tidak mengesyaki apa-apa, sama seperti rakyat Malaysia yang lain berdoa agar pesawat tersebut ditemui seperti yang diharapkan oleh semua pihak.
Namun hatinya mula berdetik apabila melihat senarai nama penumpang dan anak kapal dan terpandang satu nama yang begitu dikenalinya selama ini.

“Memang saya berdebar sebab beliau antara orang yang hilang. Saya fikir keluarganya tentu runsing dan gundah-gulana memandangkan sampai sekarang masih belum ada berita positif mengenainya," jelas Mila sayu.

Saat berita tersebut semakin tersebar, Mila ada cuba untuk menghubungi telefon bimbit Zaharie melalui pembantu peribadinya namun tidak berjawab.
Lantas Mila ada memuat naik gambar dirinya bersama Zaharie di laman sosial Instagram sebagai tanda simpati. Tidak bertahan lama, gambar tersebut akhirnya dipadam oleh Mila beberapa hari selepas itu.

“Saya muat naik gambar tersebut sebagai tanda simpati dan risau dengan keadaan yang berlaku. Sebaliknya apabila gambar itu dipaparkan banyak sangat komen negatif daripada peminat. “Ada yang kata saya tak sensitif, tak menghormati keluarga dan macam-macam lagi. Saya sendiri tak berniat untuk menyakiti sesiapa dan perbuatan itu (memuat naik gambar) sebagai tanda kerisauan saya.

“Untuk mengelak macam-macam persepsi negatif lebih baik saya buang gambar itu segera daripada terus menjadi isu dan menimbulkan perdebatan di laman sosial," tambah Mila lagi.



0 Komentar untuk "Kaitan Mila AF5 Dengan Kapten Zaharie Juruterbang MH 370"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info