Tasha Shilla Buang Gambar Seksi Dari Instagram


Sebab sebenar Tasha Shilla buang gambar kekasih - Pelakon seksi, Tasha Shilla mengejutkan ramai pengikutnya di Instagram kerana memadam kesemua gambarromantiknya bersama kekasih hati, Hans.

Tindakan itu menimbulkan spekulasi ramai peminat sehingga ada yang mendakwa hubungan pasangan itu sudah berakhir dan Tasha Shilla kini sudah kembali solo.

Bagaimanapun, menerusi Harian Metro hari ini, pelakon drama bersiri Terukir Di Bintangitu menafikan hubungan cinta dengan Hans sudah berakhir dan memberitahu tindakan memadam kesemua gambar romantik mereka dibuat atas sebab komen-komen negatif yang terlalu banyak dilemparkan peminat.

"Sebelum ini gambar yang kami muat naik banyak menerima komen negatif. Belajar daripada kesilapan itu, kami sepakat berhenti muatnaik gambar berdua sejak minggu lalu."

"Niat kami mahu elak terus dikecam, tak sangka pula timbul cerita kami sudah berpisah. Banyak benda yang perlu ditapis dan mana gambar yang boleh mengundang persepsi dan komen negatif perlu dielakkan."
0 Komentar untuk "Tasha Shilla Buang Gambar Seksi Dari Instagram"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info