[VEDIO]: Wanita Bogel Terperangkap Dalam Serombong Rumah Bekas Kekasih



California – Seorang wanita terperangkap dalam serombong rumah dalam keadaan bogel ketika cuba masuk ke rumah bekas kekasihnya pada pukul 5 pagi.
Ia menyebabkan pasukan bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkannya. Proses mengeluarkannya mengambil masa selama dua jam.
Pada mulanya, wanita itu, cuba memasuki rumah bekas teman lelakinya, Tony Herbnandez dengan membunyikan loceng namun tiada jawapan.
Dia kemudiannya membuka pakaiannya untuk membolehkan dia masuk melalui serombong asap itu dengan mudah, namun tersekat di situ.
chimney
Menurut Hernandez, dia menyedari bekas kekasihnya terperangkap di dalam serombong seluas 12 inci x 12 inci itu apabila dia memanggil namanya ketika Hernandez bangun untuk bersiap sedia ke tempat kerja.
“Saya tidak membenarkan dia masuk ke rumah kerana saya tidak suka dengan kelakuannya terhadap dua anak kami. Kelakuannya itu tidak baik untuk anak kami,’’ katanya.
Selepas dikeluarkan dari serombong tersebut, wanita tersebut dibawa ke hospital.


0 Komentar untuk "[VEDIO]: Wanita Bogel Terperangkap Dalam Serombong Rumah Bekas Kekasih"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info