Dikehendaki!! Lelaki INi Larikan RM2 juta??..MOHON SEBARKAN!!





MOHAMAD menunjukkan suspek yang didakwa melakukan penipuan mengenai pelaburan emas semasa datang ke




KUALA LUMPUR 13 Sept. – Perwatakan jujur dan alim didakwa dijadikan modal seorang lelaki menipu orang ramai dalam skim pelaburan emas yang dianggarkan membabitkan kerugian mencecah jutaan ringgit sebelum bertindak melarikan diri.

Suspek meyakinkan pelanggan awal dengan menjalankan urus niaga tanpa sebarang masalah selama beberapa bulan sebelum menjadikan mereka sebagai agen bagi menarik lebih ramai menyertai skim pelaburan yang dijanjikan keuntu­ngan lebih sekali ganda.

Contoh mudah, jika pelabur membeli secara ansuran emas sebanyak 200 gram selama tiga bulan, pelabur dijanjikan mendapat pulangan berbentuk emas fizikal 200 gram serta wang tunai RM34,000.

Tidak hairanlah, ada daripada mangsa skim berkenaan sanggup melaburkan RM300,000 semata-mata untuk mengejar keuntungan lebih.

Menurut salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 30, pembabitannya dalam skim itu bermula apabila dia membaca satu iklan di laman Facebook pada bulan November tahun lalu.

Jelasnya, pelaburan yang di­buatnya kemudian berjaya kerana suspek menggunakan emas fizikal yang boleh digadai bagi memperoleh wang tunai.

“Selepas yakin dengan skim itu, saya telah memohon untuk menjadi agen jualan bagi menarik lebih ramai pelabur dengan komisen RM1 bagi setiap satu gram emas yang dilaburkan pelanggan. Saya berjaya menarik lebih 50 orang pelabur.

“Namun, pada bulan April tahun ini setelah saya dan rakan berjaya membawa masuk nilai pelaburan kira-kira RM1 juta menyertai pelaburan, suspek mula menunjukkan belang apabila bertindak me­larikan diri sehingga pejabatnya juga telah ditutup,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad memberitahu, setelah usaha mencari suspek gagal, ramai pelabur bertindak membuat laporan polis dan ada juga yang mencari sendiri suspek melalui pelbagai cara termasuk menghebahkan di dalam laman media sosial.

Tambah beliau, suspek juga didakwa pernah membuat ugutan kepada pelabur untuk mencederakan mereka jika tidak berhenti mencari serta menghebahkan penipuannya di laman sosial.

“Ada pelabur yang mendapat maklumat bahawa lelaki itu memang dikehendaki polis selepas didakwa menculik seorang kanak-kanak perempuan di Rawang pada tahun 2013 serta mengambil wang sebanyak RM25,000 daripada ibu kanak-kanak berkenaan kononnya untuk pelaburan emas.

“Kami hanya mahu lelaki itu membayar semula wang modal yang diambil kerana ada daripada kami kini berhadapan dengan tindakan undang-undang selepas gagal membayar pinjaman bank,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, dia bersama-sama puluhan pelabur akan membuat laporan polis secara berkumpulan bagi memastikan suspek itu ditahan dan dibawa ke muka pengadilan.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia menghubungi suspek yang dikenali sebagai `Sharizal’ gagal apabila setiap panggilan disambung kepada peti simpanan suara (voicemail).


baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




sumber: utusan

Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "Dikehendaki!! Lelaki INi Larikan RM2 juta??..MOHON SEBARKAN!!"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info