Admin mendapat satu info yang dikongsikan daripada group Whatsapp namun sejauh
mana kebenaran info ini tidak dapat dipastikan dalam perkongsian ini ada sahabat
memberitahu bahayanya minuman Vitagen Dan Solivite dan semua jenis yogurt berikut
seperti dalam whats app:
Ibu2 tlg la jgn bg ank2 minum vitagen, solivite n segala jnis yogurt.
Info dr seorg ibu yg kehilangan anaknya akibat kanser..Bakteria idup tu mengaktifkan
sel kanser.
Dr yg rawat aruah anak dia bgtau.Minuman tu sume ada bakteria hidup yg boleh
mgaktifkn sel kanser Bakteria baik yg berlebihan tula penyebab aktifnya sel kanser
Doc yg bgtau siap merayu supaya kami jgn bg ank2 minum ...
Tp pesakit kanser tidak bole
makan or minum bakteria hidup.
copy dr ibu yg kematian anaknya akibat kanser darah.Masa doc pakar ambik sampel air
sum2 arwah, mmg byk bakteria drpd vitagen, yakult dan sebagainya yg hidup dlm sel
darah dia.
PENJELASAN DOKTOR:
Mungkin ada salah faham antara pembawa berita dan doktor. Mungkin doctor mengatakan minuman itu tidak
sesuai untuk beberapa pesakit.
Kuman probiotik yang digunakan dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi
individu yang sihat, termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.
Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang
lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan
berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.
Ini termasuk :
1. Pesakit HIV / AIDS
2. Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ
yang dipindahkan.
3. Pesakit diabetes
4. Pesakit kanser dan pesakit yang sedang menerima rawatan untuk kanser seperti kemoterapi dan radioterapi
5. Pesakit yang mengalami penyakit ginjal dan pesakit yang menjalani rawatan dialysis
6. Pesakit yang mengalami penyakit autoimmune seperti SLE
7. Pesakit yang mendapat rawatan steroid
8. Pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.
Saya bimbang apa yang dikatakan doktor ialah pesakit kanser tidak boleh meminum minuman itu
dan bukannya minuman itu menyebabkan kanser
sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
0 Komentar untuk "Bahaya!! Doktor Pesan Jangan Bagi Kanak-Kanak Minum Vitagen Dan Solivite Kerana Mengakibatkan Kanser"