KLANG – Dua rakaman video yang mendakwa seorang guru di pusat pendidikan awal swasta telah menjerit dan memarahi anak didiknya yang dianggap melampau, viral di media sosial.
Video yang dimuat naik oleh Syazwani Halim itu, telah mendapat 12,708 perkongsian di Facebook.
“Ni ibarat 3 jam (9 pagi -12 tengah hari) dalam neraka bagi anak-anak kita yang baru nak kenal ABC. Smart Reader HQ should take action on this matter!” katanya.
Menurut lelaki di dalam video berkenaan, dia berada di sebuah kedai aksesori pada ketika insiden itu berlaku, 20 Julai, jam 10 pagi.
“Bila saya terdengar bunyi kanak-kanak menangis, saya dapati ia datang dari Smart Reader di tingkat satu. Kanak-kanak itu menangis dan merayu, ‘please teacher, please teacher’. Namun guru terbabit menjerit pada kanak-kanak tersebut dengan suara yang kuat secara berterusan.
“Saya rasa tak senang hati lalu mengambil keputusan untuk masuk dan berdepan dengan guru yang berkelakuan tidak wajar terhadap kanak-kanak terbabit,” katanya.
Dalam video kedua, guru berkenaan cuba memberi alasan dan mengatakan lelaki itu tidak mengetahui apa yang berlaku sebenarnya. Namun Syazwani tidak menerima alasan itu dan terus menegur tindakan guru terbabit yang dianggap melampau dan boleh mendatangkan trauma terhadap kanak-kanak yang dihantar ke pusat pendidikan awal itu.
“Kanak-kanak sepatutnya diajar atau dibimbing dengan baik oleh guru. Jika begini cara mereka mengajar, ia boleh mendatangkan ketakutan pada kanak-kanak dan hilangnya minat untuk belajar.
“Ibu bapa perlu berhati-hati apabila memilih dan menghantar anak mereka ke pusat pendidikan awal. Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku dan ia boleh menjejaskan emosi anak-anak,” katanya.
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "(VIDEO): ‘Jangan Hantar Anak Anda Ke Taska Smart Reader Klang’..Ini Buktinya!"