TAHUKAH ANDA? ANDA LAYAK MENERIMA REBAT SEKIRANYA BEKALAN ELEKTRIK PUTUS KATA TNB. MOHON SEBARKAN MOGA INI DAPAT MEMBANTU KURANGKAN BIL ANDA!!


http://goo.gl/MGqZNQ

PUTRAJAYA, 29 Julai: Para pengguna layak menerima sejumlah rebat sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik untuk tempoh tertentu, namun tidak ramai yang tahu mengenainya.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST) Datuk Ir Ahmad Fauzi Hasan berkata menurut standard prestasi perkhidmatan bekalan elekrik di bawah komponen Tahap Prestasi Terjamin (GSL) Tenaga Nasional Berhad (TNB), syarikat utiliti itu perlu membayar pampasan kepada pengguna sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan.

Katanya pengguna domestik di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mengalami gangguan elektrik selama empat jam dan lebih untuk empat kali sebulan, boleh mendapat rebat sebanyak satu peratus daripada bil purata bulanan atau RM10, yang mana satu lebih tinggi.

“Untuk pengguna komersial, satu peratus daripada bil purata bulanan atau RM300 yang mana lebih tinggi manakala bagi industri, 0.5 peratus daripada bil bulanan atau RM1,000, yang mana lebih tinggi nilainya.

“Bagaimanapun rebat kerana gangguan bekalan tidak terpakai sekiranya ia disebabkan bencana alam atau insiden yang berkaitan cuaca,” katanya dalam satu temubual dengan Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata pengguna di negeri-negeri lain, boleh mendapat rebat yang sama sekiranya berlaku gangguan lebih lima kali sebulan, di mana setiap satunya terputus bekalan lebih daripada empat jam.

Katanya rebat tidak dibayar secara automatik, maka pengguna perlu membuat tuntutan kepada TNB, tidak lewat dua bulan dari tarikh bil bagi mendapatkan rebat tersebut yang akan ditolak dari bil bulanan.



“Antara satu matlamat kawal selia ST adalah untuk memastikan syarikat utiliti seperti TNB memberi perkhidmatan berkualiti. Justeru, kita mewujudkan GSL yang boleh dianggap seperti piagam pelanggan. GSL terbahagi kepada lima, dengan satu daripadanya adalah sekiranya TNB tidak capai kualiti ditetapkan, pengguna berhak mendapat pampasan.

“Ramai yang tidak tahu tentang kewujudan GSL ini, diharapkan para pengguna sedar bahawa mereka mempunyai hak dan dengan bertambahnya kesedaran pengguna, TNB akan meningkatkan lagi prestasi pemberian perkhidmatan agar lebih berkualiti,” katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut pengguna boleh menghubungi TNB, tambah beliau.

— Bernama



Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "TAHUKAH ANDA? ANDA LAYAK MENERIMA REBAT SEKIRANYA BEKALAN ELEKTRIK PUTUS KATA TNB. MOHON SEBARKAN MOGA INI DAPAT MEMBANTU KURANGKAN BIL ANDA!!"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info