Binji Daih, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian Daryln Kula @ Anne, 36 yang mengandung lapan bulan.
Kemalangan itu berlaku pada pukul 11.10 pagi 16 Julai tahun ini di sepanjang Jalan Kokol, Menggatal.
Dia didakwa mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua tahun hingga 10 tahun dan denda antara RM 5,000 sehingga Rm 20,000 jika sabit kesalahan.
Binji mendakwa dia tidak memandu secara cuai dan ia (mangsa) memandu laju dan dia memintas sedikit ke dalam laluannya.
Balitus menetapkan 8 Ogos untuk sebutan semula kes dan memerintahkan Binji direman lanjut sementara menunggu tarikh susulan bantahan oleh pendakwaan.
Pegawai pendakwa Trafik Insp Hanif Mamyudi tampil untuk pendakwaan manakala Binji tidak diwakili peguam.
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "Buruh Filipina Nafi Pandu Cuai Hingga sebabkan Kematian Guru Mengandung"