AWAS!!..Ayam Dijual Di Pasaraya Ini Tidak Disembelih’


Hasrat seorang pelanggan, Shafiq Shokri untuk membeli ayam mentah dari sebuah
pasaraya di Kelana Jaya semalam terbantut apabila beliau mendapati tidak ada sebarang kesan sembelih di leher ayam itu.
Pelanggan tersebut turut mendapati urat leher ayam yang dijual di pasaraya tersebut langsung tidak putus kecuali kulit pada bahagian leher ayam.
'Loya Tekak Tengok Ayam Dijual Di Pasaraya Hero Kelana Jaya Tidak Disembelih'4
'Loya Tekak Tengok Ayam Dijual Di Pasaraya Hero Kelana Jaya Tidak Disembelih'3-2
Sangsi dengan status halal ayam yang dijual di pasaraya Hero cawangan Kelana Jaya, pelanggan tersebut terus membatalkan hasrat beliau untuk membeli ayam daripada pasaraya itu.
Beliau turut memuatnaik dua keping gambar yang memaparkan keadaan ayam itu ke laman Facebook beliau.
'Loya Tekak Tengok Ayam Dijual Di Pasaraya Hero Kelana Jaya Tidak Disembelih'1
  
  1. Memotong seluruh halqum (saluran nafas) dan seluruh marih (saluran makanan dan minuman).
  2. Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan.
  3. Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu daripada tangannya, lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh halqum dan marihnya, tidaklah dikira sebagai penyembelihan, kerana tidak ada niat untuk melakukan penyembelihan, maka tidak halal memakan daging binatang tersebut.
  4. Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh penyembelihan (tidak dilakukan satu perbuatan lain yang boleh membawa maut kepada binatang itu ketika disembelih).

Sebagai perkongsian, berikut merupakan rukun-rukun yang perlu dipatuhi oleh orang Islam di dalam penyembelihan haiwan untuk dimakan:

  1. Memotong seluruh halqum (saluran nafas) dan seluruh marih (saluran makanan dan minuman).
  2. Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan.
  3. Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu daripada tangannya, lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh halqum dan marihnya, tidaklah dikira sebagai penyembelihan, kerana tidak ada niat untuk melakukan penyembelihan, maka tidak halal memakan daging binatang tersebut.
  4. Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh penyembelihan (tidak dilakukan satu perbuatan lain yang boleh membawa maut kepada binatang itu ketika disembelih).
Urat yang tidak dipotong sempurna
Urat yang tidak dipotong sempurna


Keratan rentas ketika penyembelihan dilakukan

Keratan rentas ketika penyembelihan dilakukan
Apabila telah cukup segala rukun-rukun dan syarat-syarat penyembelihan yang tersebut, maka halal binatang itu, kecuali sembelihan yang dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan sewaktu menyembelihnya selain nama Allah, walaupun sembelihan itu mencukupi segala rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah disebutkan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah.” (Surah Al-Nahl: 115

Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "AWAS!!..Ayam Dijual Di Pasaraya Ini Tidak Disembelih’"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info