(Rakaman CCTV) Terkini : Lelaki Maut Ditembak Di Setapak, Suspek Dipercayai Lepaskan Sekurang-Kurangnya 10 Das Tembakan



Kuala Lumpur, 27 Julai - Seorang lelaki berumur lingkungan 40 an yang memandu sebuah kereta Honda Accord maut selepas kereta yang dinaikinya telah ditembak di jalan Genting Klang berhadapan dengan Festival City.

Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira jam 3 petang itu, dua lelaki yang tidak dikenali telah menghampiri kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu dipercayai sekurang-kurangnya 10 das tembakan.








Tembakan itu telah mengenai badan dan kepala mangsa dipercayai menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian. - 

[Dikemaskini]

Harian Metro melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata empat suspek datang menghampiri kereta mangsa menggunakan motosikal.

"Keempat-empat suspek menghampiri kereta mangsa sebelum pembonceng kedua-dua motosikal turun dan melepaskan beberapa das tembakan pada tingkap di bahagian kanan dan kiri kereta.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.



Sumber : The Star



Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "(Rakaman CCTV) Terkini : Lelaki Maut Ditembak Di Setapak, Suspek Dipercayai Lepaskan Sekurang-Kurangnya 10 Das Tembakan"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info