Kejadian Sebenar!! Lelaki Diculik Dan "Dirogol" Oleh Tiga Wanita Untuk Dapatkan Sperma??!!






Seorang lelaki di sini ditimpa malang apabila dipaksa melakukan hubu­ngan seks dengan tiga wanita semata-mata kerana mereka mahu mendapatkan spermanya.




Pihak polis berkata, ketiga-tiga wanita yang dikatakan sebagai ‘pengumpul sperma’ itu kini giat melakukan perbuatan berkenaan di sekitar bandar Bulawayo, Zimbabwe.

Menurut laporan, mereka telah menculik sebelum merogol seorang lelaki ketika mangsa me­nunggu di tepi sebuah lebuh raya di Avenue 6, di bandar ini.

“Mangsa yang mahu ke Taman Cowdray sebelum itu mahu me­numpang kereta mereka, namun malangnya dia dibawa ke tempat lain,” kata jurucakap Jabatan Polis Bulawayo, Precious Simango.

Menurutnya, mereka membawa mangsa ke sebuah kawasan terpencil sebelum bertindak merogolnya secara bergilir-gilir.

“Salah seorang wanita itu menggunakan kondom, manakala yang lain melakukan perbuatan itu tanpa sebarang perlindungan. Mereka kemudian meninggalkan mangsa di seba­tang jalan raya,” katanya.

Kes melibatkan golongan wani­ta merogol lelaki untuk mendapatkan sperma di negara berke­naan bukan perkara baharu kerana berlaku sejak tahun 2011.

Pihak berkuasa percaya sperma itu akan digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai ‘juju’ atau upacara membawa tuah. Juju dipercayai boleh mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.


– Agensi/kosmo




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI 

DAN SINI

Rakaman CCTV Lengkap DI SINI


   

baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:







0 Komentar untuk "Kejadian Sebenar!! Lelaki Diculik Dan "Dirogol" Oleh Tiga Wanita Untuk Dapatkan Sperma??!!"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info