Penemuan Mengejutkan!! MH370: Ada Logo MAS Ditemui Di..





CANBERRA - AUSTRALIA. Genap setahun kehilangan MH370 pada Ahad, penemuan bungkusan seperti kertas tisu tertera logo MAS oleh sepasang suami isteri di pantai Barat Australia diharap dapat merungkai misteri pesawat malang itu.

Memetik laporan Mail Online, kertas tisu itu sedang dianalisis bagi mengesahkan sekiranya ia dari pesawat malang berkenaan.

Nine News turut melaporkan penemuan bungkusan kecil itu yang masih belum dibuka di pantai Cervantes, Julai lalu oleh pasangan suami isteri terbabit.

Paket tertulis Malaysia Airlines itu dihantar ke Canberra untuk diuji dan disahkan.

Pasangan berkenaan dipetik sebagai berkata, "ia tidak terbuka, memang sesuatu yang luar biasa."

"Jika ia terbuka dan dijumpai terdampar di situ maka ia adalah sesuatu yang berbeza sepenuhnya," kata pasangan itu.

Sementara itu, The Daily Telegraph melaporkan pakar percaya kemungkinan paket kecil bergerak jauh tanpa mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan terbaharu di pantai Barat Australia itu boleh memberikan petunjuk bagi merungkai misteri pesawat MH370 yang hilang bersama 239 orang di dalamnya pada 8 Mac 2014.



sumber: sharian



Artikel menarik dibawah:



(VIDEO): Padah!! Gadis Buat S*ks Luar Tabii

 

9 Pelakon Malaysia Yang Pernah Menayangkan Tubuh Bogel Dalam Filem

 

31 Gambar Perkara Pelik Yang Dilakukan Oleh Wanita Barat

 









0 Komentar untuk "Penemuan Mengejutkan!! MH370: Ada Logo MAS Ditemui Di.."

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info