Punca Gadis Dipukul Dan Dib*gelkan Kemudian Sebarkan Ke Internet!!

Schoolgirl Stripped Naked And Beaten By Bullies
CHINA – Mengejutkan. Seorang remaja berusia 16 tahun menjadi mangsa buli enam remaja perempuan yang lain di sebuah sekolah dalam kes yang mengejutkan penduduk di negara berkenaan.
Selain dibelasah, mangsa telah dibogelkan dan gambar bogel itu kemudian dimuat naik dalam media sosial, QQ. Dia dipukul oleh enam remaja gangster yang diketuai oleh Lu Tung di bilik asrama Sekolah Tinggi Bancang di Yunnan.
Dalam laman web QQ itu, Lu Tung dengan penuh bangga memberitahu bagaimana dia dan rakan-rakannya, yang bukan pelajar di sekolah berkenaan, berjaya membelasah gadis tersebut.
Selepas identitinya dikenalpasti, Lu Tung melarikan diri bersama rakan-rakannya ke bandar Guangzhou, yang terletak kira-kira 850 batu dari bandar berkenaan.
Dalam pada itu, jurucakap sekolah memberitahu, kejadian terbabit amat mengejutkan dan siasatan akan dijalankan dengan mana-mana pelajar yang dikesan terlibat akan dikenakan hukuman. Sementara mangsa pula kini menerima kaunseling.

0 Komentar untuk "Punca Gadis Dipukul Dan Dib*gelkan Kemudian Sebarkan Ke Internet!!"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info