(VIDEO): Mesti Tonton!! Penting!! Cara Pecahkan Cermin Kereta Ketika Dalam Air

     Beberapa hari lepas, ada 3 orang sahabat baik telah terbunuh apabila kereta mereka yang mereka  naiki telah terhumban kedalam sebuah sungai menyebabkan ketiga-tiga mangsa mati lemas kerana tidak dapat melepaskan diri didalam kereta. 
    Tidak dinafikan lagi untuk memecahkan cermin kereta ketika dalam air memang sangat susah, apatah lagi dalam keadaan yang panik. Maka ini Penulis tergerak hati nak kongsikan disini cara memecahkan cermin kereta ketika dalam air.

9 Pelakon Malaysia Yang Pernah Menayangkan Tubuh Bogel Dalam Filem


Pada sesiapa yang pernah menonton S.O.S di TV9 pasti pernah melihat demontrasi daripada Aidid Marcello memandu kereta dan keretanya terjunam ke dalam tasik ? Video di bawah ini adalah lebih kurang sama seperti apa yang Aidid Marcello lakukan mengenai cara untuk pecahkan cermin kereta dan selamatkan diri ketika berlaku kemalangan atau kecemasan tetapi ini adalah untuk rancangan TV di Jepun . Video ini telah dimuat naik di Youtube dan menjadi popular di negara China berikutan kejadian banjir kilat di Beijing yang meragut banyak nyawa. In case kalau orang yang sedang memandu tiba-tiba berlaku detik-detik cemas seperti ini bolehlah mempraktikkan demonstrasi ini. Mungkin apa sahaja alat di dalam kereta boleh digunakan selagi alat itu kuat untuk memecahkan cermin kereta tersebut.
Jika diperhatikan pada gambar-gambar di atas seorang perempuan cuba untuk memecahkan cermin kereta dengan menggunakan 'headrest' ataupun senang cakap tempat kita sandar kepala dekat tempat duduk tu. Tapi jika kejadian ini berlaku pada kita, rasa-rasa sempat lagi ke nak cabut 'headrest' tu ?Kalau boleh gunakan jela apa-apa bahan keras yang boleh membantu. Bukan nak mintak kejadian ini berlaku tapi beringatlah kita sebelum kena. Ikhtiar kita untuk terus hidup atau mati. Sebarkan pada kawan-kawan jika anda sayangkan mereka. 
Untuk gambaran lebih jelas boleh tengok video DISINI



semoga ini dapat membantu kita semua ketika berada dalam situasi ini.

KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ATAU SAUDARA MARA ANDA!!










0 Komentar untuk "(VIDEO): Mesti Tonton!! Penting!! Cara Pecahkan Cermin Kereta Ketika Dalam Air"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info