Gempar!! Punca Bapa Tanam Anak Hidup Hidup.

Seorg lelaki di India ditahan pigak polis kerana menguburkan hidup hidup anaknya yang berusia 10 tahun. Semuanya kerana anaknya itu seorang perempuan.
  Menurut laporan portal Daily Mail, peristiwa ini terjadi di Kota Tripura,India. Lelaki itu yg bernama Abdul Hussien berniat menguburkan anaknya dengan menggali lubang di halaman belakang rumah. Perbuatan tersebut dilakukan ketika tempat tinggalnya sepi dan isterinya tiada di rumah.


  Hussien mengheret, mengikat tangan, serta menyumbat mulut anaknya. Tanpa belas kasihan, dia memasukkan kanak-kanak itu ke dalam lubang yang telah digali. Si anak telah ditutupi keranjang buluh agar tidak kelihatan oleh orang lain serta isterinya.

   Namun begitu, isterinya yang pulang kemudian tertanya-tanya tentang anak gadisnya. Selepas tidak berjaya menemui kanak-kanak itu, dia meminta bantuan jiran-jirannya. Mujurlah ada di antara jirannya telah melihat apa yang dibuat oleh suspek.

    Marah dengan tindakan jahat itu, para penduduk telah memukul Hussien sebelum menyerahkan kepada pihak polis. 

    Suspek kini didakwa atas dakwaan cubaan membunuh. "Dia sepatutnya dikuburkan hidup-hidup sebagai hukuman atas perbuatannya," ujar salah seorang penduduk yang marah.







0 Komentar untuk "Gempar!! Punca Bapa Tanam Anak Hidup Hidup."

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info