Alquran Berusia 1370 Tahun Yang Ditulis Antara 3 khalifah Pertama Ditemui





150721174634_koran_old_640x360_bbc_nocredit
Alquran Berusia 1.370 Tahun Yang Ditulis Antara 3 khalifah Pertama Ditemui | Manuskrip al-Quran tertua di dunia berusia 1,370 tahun yang ditemui dipercayai ditulis individu yang mengenali Nabi Muhammad SAW.
Tinggalan sejarah berharga yang dipercayai ditulis kurang 20 tahun selepas kewafatan Rasulullah itu milik Universiti Birmingham di sini.
Analisis radiokarbon yang dilakukan di Universiti Oxford menunjukkan naskhah itu dihasilkan sekitar 568 hingga 645 Masihi dengan ketepatan 95.4 peratus.
150722021546_oldest_koran_in_burmingham_624x351_bbc
Profesor Agama Kristian dan Islam universiti berkenaan David Thomas berkata: “Ujian itu memang penemuan mengejutkan di dalam koleksi universiti kami, malah manuskrip ini tidak mustahil dihasilkan dalam tempoh beberapa tahun pengasasan Islam.
“Nabi Muhammad menerima wahyu antara 610 hingga 632 Masihi bererti kemungkinan besar orang yang merekodkan manuskrip ini juga hidup pada masa itu, malah mungkin turut mengenalinya.
“Tulisan ini mampu menyokong pandangan bahawa teks al-Quran tidak diubah dan ditulis tidak lama selepas diwahyukan.”
Manuskrip berkenaan sebahagian daripada koleksi Mingana bagi manuskrip Asia Barat merangkumi dua kekulit serta ditulis menggunakan bentuk tulisan ‘Hijazi’ Arab lama.
qurantertua
Tiga khalifah pertama merupakan pemimpin komunitas Muslim antara tahun 632 dan 656.
“Ketika saya pertama melihat lembaran ini, saya sangat tersentuh. Air mata saya penuh emosi dan kebahagiaan.
Dan saya yakin Birmingham akan didatangi warga dari sekeliling Inggris yang ingin melihat lembaran-lembaran ini,” kata Muhammad Afzal, dewan masjid pusat Birmingham.

Profesor Thomas mengatakan penemuan ini akan menunjukkan warga Birmingham mereka memiliki “harta yang nilainya tidak bisa dibandingkan”.
“Tulisan ini mampu menyokong pandangan bahawa teks al-Quran tidak diubah dan ditulis tidak lama selepas diwahyukan.”
Manuskrip berkenaan sebahagian daripada koleksi Mingana bagi manuskrip Asia Barat merangkumi dua kekulit serta ditulis menggunakan bentuk tulisan ‘Hijazi’ Arab lama.
Manuskrip itu akan dipamerkan di Institut Seni Halus Barbaer universiti terbabit, Oktober depan. – Agensi/myMetro Online
lihat video dibawah:


baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "Alquran Berusia 1370 Tahun Yang Ditulis Antara 3 khalifah Pertama Ditemui"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info