Ibu Jual Sesuatu Yang Mengejutkan Kita, Demi Anaknya!!







SEMEMANGNYA kasih seorang ibu sangat tidak ternilai..
Seorang wanita di China nekad menjual pelukannya kepada orang ramai demi membiayai kos rawatan anak kesayangan yang menghidap penyakit leukemia.
Chen Dejuan, 28, sanggup menjual pelukannya itu di stesyen kereta api bawah tanah di Chongqin dengan harga RM6 (CNY 10 Yuan) untuk satu pelukan.
Menurut media tempatan, Chen berdiri di situ dengan memegang papan tanda yang tertulis ‘menjual pelukan’ bersama anaknya, Nana, 4 tahun, yang menghidap penyakit itu sejak Mei lalu.
WM2
WM
Nana menerima rawatan di empat buah hospital yang berbeza di Shandong namun ibu bapanya memutuskan untuk menghantarnya ke hospital Chongqing.
Mereka sudah menghabiskan lebih RM40 ribu wang simpanan dan mula meminjam untuk membiayai rawatan Nana sejak beberapa bulan lalu.
Menerusi inisiatif dan usaha Chen menjual pelukannya itu, dia memperoleh lebih RM300 dalam masa satu jam. Dia juga memperoleh sumbangan daripada orang ramai melalui pindahan wang ke akaunnya.
Tindakan itu merupakan pilihan terakhir yang dapat mereka lakukan demi memastikan kesihatan anak mereka terjamin.
“Ia memerlukan tahap keberanian yang sangat tinggi untuk melakukan perkara sebegitu,” kata Chen.
Jelas kasih sayang yang ditonjolkan Chen untuk anaknya tidak ternilai.

– Agensi/ MYNEWSHUB.CC


baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "Ibu Jual Sesuatu Yang Mengejutkan Kita, Demi Anaknya!!"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info