Zahid Hamidi: Sila Keluar Dari Malaysia Jika Tak Suka Dengan Sistem Politik Negara Ini??




Zahid Hamidi : Kalau Tak Mahu Terima Sistem Pilihanraya, Boleh Hijrah Keluar Dari Malaysia!



Zahid Hamidi : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang baru-baru ini bertukar portfolio dalam Kabinet Malaysia sebagai Menteri Dalam Negeri, telah disebut mengeluarkan kenyataan yang membangkitkan kemarahan ramai pihak.Kenyataan apa?
Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.

“Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya dalam tulisan di akhbar Utusan Malaysia.

Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.
Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.

Ahmad Zahid berkata golongan penyokong tersebut sepatutnya menerima sistem  politik dan pembentukan kerajaan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan, sekiranya mereka benar-benar setia kepada negara ini.
“Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.
“Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya,” katanya.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.Sekarang kan sibuk sana sini, Anwar Ibrahim bersama rakan-rakan lain membuat road show untuk menarik sokongan bagi membantah keputusan PRU 13 yang dikatakan dimanipulasi oleh SPR.

Perlu diketahui, bantahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap keputusan PRU 13 adalah bukan kerana sistem undi, tetapi lebih kepada tidak puas hati dengan cara Pilihanraya di adakan, yang didakwa oleh Pakatan Rakyat, terlalu banyak penipuan dan manipulasi.Kenyataan Zahid Hamidi di atas, bagi kami tak perlu diungkapkan.Sepatutnya lebih professional.

Tapi kami juga berpendapat, bahawa Pakatan Rakyat tidak perlu untuk mengasak rakyat dan mengajak mereka melakukan perhimpunan.Bagi kami, sudah-sudahlah.Salurkan ke tempat yang sebetulnya.Sekiranya ada penipuan, buka kes ke Mahkamah.Itu yang lebih baik.Apa pendapat anda pula?






baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "Zahid Hamidi: Sila Keluar Dari Malaysia Jika Tak Suka Dengan Sistem Politik Negara Ini?? "

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info