(VIDEO): Insiden Low Yat: Jangan Mudah Laung Takbir, Rosak Imej Islam


(VIDEO): Lakukan S*ks Depan Taman, Tak Sedar Orang RamaiWanita Berani Tunjuk B*ah Dada Depan Jiran
SEANTERO Malaysia tahu, semalam, perkarangan pusat beli-belah Plaza Low Yat telah dibanjiri dengan individu yang tidak berpuas hati berikutan isu seorang pemuda yang kononnya tertipu setelah membeli telefon bimbit bukan set original.
Perhimpunan tersebut pada mulanya hanyalah bersifat untuk menyokong mangsa yang tertipu, namun lama kelamaan bertukar menjadi huru hara sehingga mengakibatkan beberapa orang cedera termasuk dua wartawan.


11029548_922306221142395_5293925929537324430_n
Lantas, isu tersebut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Dr Zaharudin Abdul Rahman apabila beliau menasihatkan pihak yang ingin terlibat dalam pergaduhan di Low Yat untuk menghentikan niat mereka itu demi kemuliaan bulan Ramadan.
“Saya menyeru mereka yang terlibat dan ingin terlibat dalam pergaduhan di Low Yat tidak lagi meneruskan dendam dan pergaduhan, khususnya di bulan Ramadan yang merupakan bulan penuh kesabaran,” ujar beliau dalam tulisannya di ruang Facebook rasmi.
Untitled
Beliau turut berkongsi kisahnya yang pernah kerugian puluhan ribu ringgit, namun ujarnya, pergaduhan yang berlaku semalam bukanlah jalan terbaik untuk mencari penyelesaian kerana ia boleh menimbulkan ketegangan kaum dan turut menjejaskan ketenteraman awam.
“Dibimbangi hal ini jika berpanjangan, boleh mencetus sesuatu yang lebih buruk dan merebak kepada individu & kedai yang tidak terlibat, akhirnya terjebak sehingga boleh menjadi antara kaum.
“Sedangkan ini SEPATUTNYA bukan hal KAUM tetapi adalah kakitangan SEBUAH KEDAI dan PELANGGANNYA sahaja. Selesaikanlah secara spesifik dan terhad bukan merebak kepada yang lain.”
Apa yang lebih menarik, beliau turut menegaskan bahawa laungan takbir bukanlah sewenang-wenangnnya boleh dilafazkan, apatah lagi dalam situasi pergaduhan.
Ujar Zaharuddin, pertelingkahan antara dua pihak merupakan satu isu duniawi, lantas lafaz mulia itu tidak patut dijadikan sandaran kerana ia mampu menjejaskan imej Islam.
“Juga ingin ditegaskan, bagi mereka yang bergaduh di mana-mana sahaja, JANGANLAH sewenangnya melaungkan lafaz takbir sewaktu nafsu amarah itu sedang dilayani.
“Pergaduhan & kebencian akibat disebabkan hal DUNIAWI semata-mata yang tidak pula syarie TIDAK LAYAK dilaungkan lafaz mulia itu malah boleh merosakkan imej Islam.”
Pastinya, teguran yang dibuat beliau benar kerana mana-mana individu tidak boleh menggunakan kesucian Islam untuk membenarkan apa-apa tindakan yang bertentangan dengan agama.
Senang cakap, matlamat tidak menghalalkan cara. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Rakaman Amuk 7 Pemuda Di Sebuah Kedai Telefon Bimbit

Komen



(VIDEO): Padan Muka!! Kekasih Kantoi ‘Beromen’ Dipaksa Teruskan Aksi.. Patut Ke?

(VIDEO): Padah!! Gadis Buat S*ks Luar Tabii

9 Pelakon Malaysia Yang Pernah Menayangkan Tubuh Bogel Dalam Filem

 31 Gambar Perkara Pelik Yang Dilakukan Oleh Wanita Barat

 Gambar Skodeng Anak Dara Cun Mandi Telanjang Di Sungai Kini Tersebar !












baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "(VIDEO): Insiden Low Yat: Jangan Mudah Laung Takbir, Rosak Imej Islam"

 
Copyright © 2014 Sinaran Berita - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info